Monday, March 5, 2012

Hassan Ali & Shabery mahu saman Mahfuz


SHAH ALAM - Jika sebelum ini Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr Hasan Mohamed Ali membuat pengumuman mahu menyaman Datuk Mahfuz Omar, kini Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek pula berbuat perkara sama, sekiranya Naib Presiden Pas itu terus memfitnah kementeriannya.

Menurutnya, Ke­men­terian Belia dan Sukan tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap Mahfuz, sekiranya dia masih mengemukakan dakwaan tiada asas.

“KBS mungkin kemukakan saman, sekiranya Pas terus asak dengan dakwaan tidak berasas. Dia cakap KBS taja Jati RM30 juta. Sebagai Ahli Parlimen, saya rasa Mahfuz faham, banyak prosedur perlu dilalui untuk dapat RM30 juta bagi menaja 2,000 siri ceramah Hasan di seluruh negara.

“Walaupun saya tidak pernah jumpa Hasan, saya dengar cerita dia masih mengasak saya, bila saya nafi, dia kata saya penipu. Mungkin dah jadi darah daging dia sebab tiada benda baru untuk asak saya. Sekiranya ini berterusan, saya akan mempertimbangkan untuk saman,” katanya.

Shabery berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan Mahfuz meminta penjelasan KBS mengenai unit yang dinamakan cawangan strategi urat saraf kerana ia tidak mendapat pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan Awam.

Pada masa sama, beliau turut membidas Ketua Penerangan Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man berhubung tuduhannya kononnya surat diutus bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Perdana Menteri Israel membuktikan Malaysia mengiktiraf rejim Tel Aviv itu sebagai sebuah negara sah.

Beliau berkata, ketiga-tiga kandungan surat berkenaan langsung tidak menggambarkan sepertimana tuduhan itu, sebaliknya ia menyatakan pendirian Malaysia berkenaan isu kebebasan Palestin.

“Saya rasa kalau mereka baca betul-betul, tak ada pun mengiktiraf Israel cuma disebutkan, sokongan Malaysia kepada rakyat Palestin tidak berbelah bahagi dan kita memberi peringatan kepada rejim Tel Aviv.

No comments:

Post a Comment