Monday, March 5, 2012

Hassan Ali lah 'Parasit' yang bermasalah mental


KOTA BAHARU - Kerajaan Kelantan tidak akan iktiraf Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang disifatkan tidak mempunyai hala tuju dan berkepentingan peribadi semata-mata seperti Jalur Tiga (Jati).

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Bukit Panau, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, kerjasama hanya akan diberikan kepada NGO yang mempunyai hala tuju yang jelas serta membawa kebaikan kepada masyarakat.

“NGO seperti Jati merupakan ‘parasit’ dan sebenarnya tidak mempunyai tempat dalam masyarakat,” katanya ketika menjawab soalan tambahan daripada Adun Limbongan, Zainuddin Awang Hamat dalam Sidang Dun Kelantan di sini, semalam.

Zainuddin meminta penjelasan mengenai Jati yang dianggap sebagai ‘mempunyai masalah mental’.

Abdul Fattah yang juga Adun Bukit Panau berkata, tumpuan diberikan kepada NGO yang berusaha mewujudkan keluarga bahagia.

Sementara itu, Pengerusi Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah ketika menjelaskan, Kerajaan Negeri tidak mempunyai data lengkap mengenai tahap pencapaian pelajar-pelajar Yayasan Islam Kelantan di Universiti tempatan dan luar negara.

”Kita tidak ada rekod resmi tapi melalui berita yang diterima, ramai lepasan YIK mencapai kejayaan cemerlang dalam pelbagai bidang,” katanya menjawab soalan Saipul Bahrin Mohamad.

No comments:

Post a Comment