Thursday, March 15, 2012

Faezah Elai Mengamuk Di Twitter Lagi? (3 GAMBAR)



Pelakon kontroversi Faezah Elai dipercayai mengamuk lagi apabila dia tidak senang diajukan soalan tentang wataknya di dalam filem Jidin Sengal.

Insiden ini berlaku ketika sidang media yang diadakan selepas prebiu filem Jidin Sengal pada malam Selasa lalu. Faezah dikatakan tergamam seketika apabila salah seorang wartawan meminta komen tentang watak Ella Sunti yang ada persamaan dengan kehidupan peribadinya.

Lebih teruk lagi, pelakon yang mengahwini pengarah Heykal Hanafiah ini turut menempelak wartawan itu dengan mengatakan dia sengaja mahu "mengenakannya".

Mungkin kerana sudah hilang mood, Faezah bertindak menghilangkan diri selepas meminta diri untuk ke tandas. Namun ketidakpuasan hati Faezah ini dipercayai tidak berhenti setakat itu sahaja.

Masih menggunakan laman Twitter sebagai medan meluahkan perasaan, tetapi kali ini luahannya disampaikan oleh suami kesayangan, Heykal Hanafiah.

Cuba anda lihat dan baca sendiri kenyataan tersebut. Apa pendapat anda tentang perkara ini?





No comments:

Post a Comment