Foto mesra Zarina dan Aliff yang dimasukkan dalam entri Twitter pelakon wanita itu. (inset) Entri Twitter Zarina |
PETALING JAYA: Penyanyi dari Singapura, Aliff Aziz mendakwa kedudukannya sebagai penyanyi tergugat apabila pelakon Zarina Anjoulie Lavocah menuduhnya menipu.
"Saya tak boleh nak mengulas lanjut tentang isu tersebut selepas dinasihatkan oleh pihak Sony Music agar tidak memberi sebarang komen kepada pihak media.
"Tetapi saya akan menjelaskan semuanya apabila tiba masanya nanti. Cuma diakui, reputasi saya sedikit terjejas gara-gara kontroversi ini," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Jumaat.
Tambah Aliff yang kini sibuk dengan rakaman album, dia berharap isu tersebut tidak diperbesarkan atau diputarbelitkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.
Antara entri Twitter Zarina |
Pada Khamis lalu, Zarina mendakwa Aliff telah menipunya dan meminta penyanyi Singapura itu meminta maaf atas kesilapan yang dilakukan menerusi akaun Twitter miliknya.
mStar Online yang cuba mendapatkan penjelasan Zarina mengenai maksud entri itu mengambil pendekatan untuk mengunci mulut.
Sebaliknya Zarina meminta mStar Online menghubungi Aliff untuk mendapatkan penjelasan.
"Tanyalah Aliff apa yang dia dah buat. Kalau dia cakap tak ada apa-apa, maksudnya tiada apa-apa lah kot," kata Zarina ringkas tetapi berbaur sinis menerusi SMS yang dikirimkan.
Difahamkan, pelakon itu memberi masa dua hari kepada Aliff untuk meminta maaf berhubung masalah berkenaan.
Aliff Aziz |
No comments:
Post a Comment