Wednesday, February 29, 2012

Isu Eryka Badu, Editor Akhbar The Star Dipecat (2 GAMBAR)


Isu mengenai Eryka Badu bukan sahaja heboh diseluruh malaysia tetapi juga di luar negara dalam tempoh 48 jam lepas. Isu ini semakin hangat apabila Akhbar terkenal, The Star telah memecat dua orang editor mereka iaitu Editor Kanan sisipan Star2, Lim Cheng Hoe dan Timbalan Editor Daryl Go. Mereka berdua digantung tugas untuk selamanya berkuatkuasa serta merta.

Sehubungan dengan itu, The star melantik Editor Bersekutu Rozaid Rahman dan Shah Dadameah bagi ‘mengembalikan’ kepercayaan rakyat malaysia terhadap akhbar popular itu. Ini juga bertujuan untuk membantu dan membimbing semula Akhbar ini akhbar itu semula khususnya mengenai isu-isu yang berkaitan sensitiviti agama.

Untuk info anda, Dr. Rais Yatim semalam telah mengeluarkan kenyataan bertulis di laman Twitter-nya mengenai pembatalan konsert Erykah Badu yang dijadualkan berlangsung pada 29 Februari 2012.


Menurut Dr. Rais, konsert Erykah Badu telah melanggar garis panduan Agensi Pusat Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) yang menyentuh sensitiviti agama dan nilai-nilai budaya Malaysia.

Keputusan Dr. Rais Yatim ini telah disokong oleh pemimpin-pemimpin parti politik lain yang menyatakan konsert itu mempunyai kesan negatif terhadap rakyat Malaysia yang majoritinya beragama Islam.

Bayangkan jika Agama anda dihina tetapi masih mahu menerima orang yang menghina agama, Semestinya ia teruk. Syabas malaysia.

No comments:

Post a Comment