GEORGE TOWN – Polis semalam memberi amaran kepada pihak-pihak yang tidak berkaitan dengan kejadian pergaduhan di restoran KFC I-City, Shah Alam Isnin lepas supaya tidak campur tangan.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, isu itu hanya membabitkan pelanggan dan syarikat restoran berkenaan.
Sebelum ini, akhbar tempatan melaporkan kejadian pergaduhan membabitkan seorang pelanggan dan pekerja restoran berkenaan disebabkan ketiadaan bekalan ayam goreng, namun ada yang mendakwa pergaduhan itu berlaku akibat timbulnya elemen perkauman.
Khalid berpendapat, perkara itu boleh diselesaikan secara rundingan tanpa campur tangan pihak-pihak yang tidak berkenaan.
“Sebenarnya polis juga tidak perlu campur tangan dalam hal ini kerana tiada yang cedera, melainkan ada orang yang cedera dan laporan polis dibuat,” katanya.
No comments:
Post a Comment