Tuesday, January 17, 2012

Ummi Nazeera Masuk Hospital Kerana Penanggal


Pelakon, Ummi Nazeera memberitahu telah dua kali dikejarkan ke hospital, gara-garamengalami kemalangan sewaktu melakukan beberapa babak aksi dalam filem Penanggal.

Bukan mudah untuk menjayakan babak- babak aksi tersebut untuk kelihatan 'real' di mata penonton dan pengarah, Ummi Nazzera berkata apa yang dilalui merupakan antara cabaran buat dirinya sepanjang bergelar pelakon.

"Saya hanya dinasihatkan doktor untuk berehat seketika sebelum mula penggambaran. Banyak sebenarnya cabaran daripada segi aksi yang saya lakukan dalam filem ini. Saya boleh katakan ini filem yang paling teruk dan mencabar fizikal saya.

"Bergolek dalam lumpur di hutan sehinggalah saya terpaksa melakukan aksi. Meskipun badan saya lembam-lebam dan luka tapi apa yang boleh saya cakap, saya sangat puas dengan apa yang saya lakukan dalam filem ini,"katanya yang ditemui di lokasi penggamabaran filem Penanggal di Kuala Kangsar, Perak, malam semalam.

Dalam filem terbitan Astro Shaw dan Grand Brilliance ini, Ummi yang memegang watak Murni yang juga pewaris Penanggal ini telah digandingkan dengan Azri Iskandar (Syed Yusod) sebagai pasangan kekasih.

Biarpun Ummi terpaksa membawa aksi romantik dan menghairahkan bersama Azri dihadapan pengarahnya yang juga isteri kepada Azri, namun dia akui selesa melakukannya.

"Azri seorang pelakon yang profesional jadi ketika kami bersama-sama melakonkan adegan romantik tidak susah .

"Lagipun kami sudah pun beberapa kali menjalankan latihan sebelum berlakon dihadapan kamera. Jadi saya tidak kekok untuk melakukannya," jelasnya lagi.

Selain Ummi Nazeera dan Azri Iskandar filem pertama arahan Ellie Surity ini turut dibintangi oleh Fasha Sandha, Zul Ariffin, Fauziah Nawi, Normah Damanhuri, Anne Abdullah serta ramai lagi.

No comments:

Post a Comment