Wednesday, January 18, 2012

"Negara Bakal Kehilangan Pengkritik Pedas" - Azwan Ali


Dalam artikel yang disiarkan di KLPOS hari ini, personaliti kontroversi Azwan Ali mengambil keputusan untuk berbaik semula dengan adiknya, Ummi Hafilda. Dalam sidang media tersebut, Azwan yang cukup sinonim dengan program Cit Cat mendakwa negara akan kehilangan seorang pengkritik yang pedas setelah mengambil keputusan tersebut.

"Saya akan turut menghentikan tweet mengenai pemimpin politik. Negara bakal kehilangan pengkritik pedas," jelas Azwan yang disiarkan portal tersebut.

Menurut Buletin Utama TV3 semalam, Azwan disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan selepas Ummi membuat laporan polis mengenai ugutan bunuh yang dilakukan oleh Azwan.

No comments:

Post a Comment