Thursday, January 12, 2012

GEMPAR: Diana Danielle tak mahu kahwin dgn Farid

Diana Danielle berkata perkara itu hanyalah satu kisah dongeng.
KUALA LUMPUR, 12 JAN 2012: Tidak tahu bagaimana spekulasi majlis perkahwinannya bersama aktor popular Farid Kamil dikatakan bakal dilangsungkan tahun ini, jelas pelakon jelita, Diana Danielle perkara itu hanyalah satu kisah dongeng.

Menganggap gosip tersebut sengaja direka, jelas Diana Danielle, perancangan ke arah itu masih belum ada lagi.

"Saya pun tidak tahu dari mana datang cerita sebegini. Memang tidak ada lagi perancangan ke arah itu. Hanya masa yang mampu menentukannya.

"Apa yang boleh saya katakan, gosip tersebut adalah tidak benar," katanya membuka bicara mengenai khabar angin perkahwinannya bersama Farid Kamil yang akan diadakan pada tahun ini.

Meskipun baru berusia 20 tahun, jelas Diana Danielle, bukanlah satu alasan untuknya menolak takdir andai dijodohkan awal bersama kekasih hatinya itu.

Malah dia juga mengakui merupakan seorang yang suka berdikari dan mampu memikul tanggungjawab sebagai isteri sekiranya jodohnya sampai dalam masa terdekat

"Saya masih muda dan tidak tahu bila perkara tersebut akan saya tempuhi. Tetapi saya percaya, saya seorang yang cukup berdikari dan boleh menggalas tugas sebagai isteri.

"Bagi saya, setiap hari merupakan masa dan proses pembelajaran yang baik untuk kita memperbaiki diri," katanya lagi.

Namun buat masa ini, tumpuan hanyalah untuk mengumpul duit bagi melanjutkan pelajaran ke luar negara dalam bidang lakonan ataupun psikologi.

"Saya sedang mengumpul duit untuk sambung belajar ke luar negara. Saya sudah memilih tempat pengajian yang sesuai cuma tunggu masa dan apabila cukup duit saya akan terus ke sana," katanya.

No comments:

Post a Comment