Sunday, January 15, 2012

Gambar MPV Toyota Avanza Baru 2012



Salam semua, hari ini Toyota Malaysia melancarkan model edisi terbaru kenderaan MPV nya yang paling popular Toyota Avanza. MPV ini didatangkan dengan pelbagai spesifikasi yang baru buat penggemar kenderaan pelbagai guna.

MPV ini dijangka mendapat sambutan hangat seperti mana sewaktu pelancaran model edisi pertamanya dahulu. Pengalaman saya menggunakan Toyota Avanza edisi keduanya, memang memuaskan hati kerana kurang mendatangkan masalah.

Ini harga yang di jangka akan dijual di pasaran tempatan, tidak termasuk harga di Langkawi dan Labuan. Maklumat lanjut mengenai model ini anda boleh dapatkan di cawangan terdekat Toyota di kawasan anda atau melayari laman web www.toyota.com.my.

                    Avanza 1.3   - RM64,590
                    Avanza 1.5E - RM72,590
                    Avanza 1.5G - RM77,290
                    Avanza 1.5S - RM79,590


No comments:

Post a Comment