Wednesday, January 11, 2012

Fazura Nafi Hina Neelofa Di Twitter (3 GAMBAR)


KUALA LUMPUR, 11 JANUARI 2012: Tidak pernah berniat menyindir jauh sekali mencari pasal, aktres jelita, Nur Fazura Sharifuddin atau Fazura menafikan dia acapkali menggunakan medium laman sosial Twitter miliknya untuk menghentam pengacara dan pelakon meningkat popular, Neelofa.

Jelas Fazura, Twitter peribadinya hanya digunakan untuk bercerita mengenai dirinya serta berinteraksi bersama peminat. Namun jika ada pihak yang mahu terasa ataupun syok sendiri maka terpulang kepada individu tersebut.

"Twitter saya, saya hanya menceritakan mengenai diri saya serta membalas Tweet peminat. Kalau ada yang hendak syok sendiri atau merasakan terkena tempias terpulang kepada individu tersebut.

"Malah mungkin juga orang yang membaca ingat segala Tweet yang saya tulis ditujukan kepada dia (Neelofa), sebaliknya tidak sama sekali," katanya mengulas mengenai isu tersebut ketika ditemui selepas tayangan filem Bujang Terlajak di GSC, Gardens, semalam.

Enggan dikaitkan lagi dengan isu yang tidak mendatangkan faedah kata Fazura, semoga tahun baru ini membawa lebih makna buat dirinya.

Mengulas mengenai kerjasama sulungnya bersama pengarah filem Bujang Terlajak, Prof. Madya A. Razak Mohaidee, kata Fazura sememangnya dia telah lama mengidamkan untuk bekerja bersama pengarah berkenaan.


"Saya memang meminati filem prof sejak dulu, seperti Mami Jarum dan sebagainya. Mungkin orang tidak percaya tetapi saya memang suka hasil kerja komedi prof kerana filem yang dihasilkannya ringan dan santai," katanya.

Ditanya mengapa dia sanggup mengambil risiko berlakon di bawah arahan prof. Madya tersebut kerana sudah terbukti beberapa filem arahannya sebelum ini kurang mendapat sambutan dan secara tidak langsung mungkin memberi kesan kepada namanya, sambil tersenyum kata Fazura, dia yakin filem tersebut mampu memberikan saingan hebat.

"Bagi saya hasil kerja komedinya sebelum ini amat baik. Ada mesej meskipun filem itu ringan. Sebagai contoh kita mengumpat orang kemudian terkena batang hidung sendiri.

"Jadi saya tidak mengambil risiko pun. Sebalikn ya saya gembira kerana menerusi filem ini sajalah dapat menghiburkan peminat,"ucapnya yang akan melancarkan perniagaan sendiri sekitar Mac depan dan masih lagi merahsiakan apakah produk yang bakal diniagakannya.

No comments:

Post a Comment