Sunday, January 15, 2012

Fasha Sandha Bertunang Secara Rahsia (3 GAMBAR)


Baru-baru ini, kecoh kononnya pelakon popular, Fasha Sandha telah bernikah secara senyap di Thailand. Walau bagaimanapun, Fasha telah tampil menafikan perkara tersebut. Belum pun reda kontroversi kononnya Fasha akan melangsungkan perkahwinan dengan Jejai di Jakarta, Indonesia, Mac ini, industri hiburan tempatan digemparkan pula dengan berita kononnya pelakon drama Cinta Elysa ini telah bertunang.

Gambar yang dipaparkan menunjukkan Fasha sedang disarungkan cincin oleh seorang wanita. Mesti ramai yang ingin tahu sama ada benarkah calon Pelakon TV Wanita Popular di ABPBH ini telah bertunang secara rahsia dengan pasangannya itu. GUA berpeluang bertemu dengan pelakon cantik ini semalam dan ini jawapannya.

“Ini merupakan salah satu babak yang terdapat dalam filem terbaru Fasha, ‘Penanggal’. Fasha memegang watak sebagai Sharifah Zahrah, seorang gadis yang periang dan sedang menunggu hari perkahwinannya. Namun, konflik bermula apabila Sharifah Zahrah telah kehilangan tunangnya, Syed Yusoff lakonan Azri Iskandar,” ujar Fasha ketika ditemui di lokasi penggambaran ‘Penanggal’, di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak, malam tadi.

“Watak ini sangat berat dan susah kerana Fasha perlu bercakap dalam Bahasa Arab. Bukan senang tapi Alhamdulillah, sebelum mula penggambaran, kami dah ada kelas selama sebulan. Ini merupakan filem ketiga Fasha dengan Tayangan Unggul manakala dengan Grand Brilliance, Fasha dah biasa sangat bekerja dalam drama dan juga filem.”


Berkongsi pengalaman pertamanya bekerja di bawah pengarah Ellie Suriaty, Fasha memberitahu, “Alhamdulillah, Fasha bersyukur dapat bekerja dengan Ellie. Beliau seorang pengarah yang baik, rendah diri dan lemah-lembut. Fasha suka bekerja dengan dia sebab senang memandangkan masing-masing adalah pelakon dan tahu apa yang diperlukan.

Selain Fasha, filem ‘Penanggal’ turut dibintangi oleh Ummi Nazeera, Zulkifli Ariffin, Normah Damanhuri, Jeff Omar, Fauziah Nawi, Yus Waisar, Nadia Mustafar, Josiah Padilla Hogan, Anne Abdullah dan ramai lagi. Menariknya, filem seram ini turut menampilkan Datuk Sharifah Aini sebagai Sharifah Aminah iaitu bakal ibu mertua Sharifah Zahrah.

“Fasha berdebar juga nak berlakon dengan Ummi sebab dia kan Biduanita Negara. Namun, Fasha rasa gembira dapat kerja dengan team yang bagus malah rasa macam satu keluarga saja,” ujar Fasha yang bakal muncul dengan filem terbaru, ‘Dari Kerana Mata’ arahan Melissa Saila.

Diusik dengan soalan adakah Fasha akan bertunang dulu sebelum melangsungkan perkahwinan, Fasha memberitahu, “ Tak kot sebab bila tunang lagi banyak dugaan.” Menyentuh mengenai impian perkahwinannya pula, Fasha memberitahu, “Fasha inginkan perkahwinan yang sederhana tapi diingati. Sebenarnya Fasha tak nak cakap sangat pasal perkahwinan sebab bosanlah.


“Bila tiba masanya nanti, Fasha akan cakap. Fasha tahu semua orang sedang menunggu, tapi Fasha masih belum bersedia lagi. Fasha harap mereka bersabar kerana Fasha memang tak akan buka mulut buat masa ini. Yang pasti Fasha tak akan buat sidang akhbar namun akan cerita juga pada semua peminat.”

Dalam perkembangan lain, Fasha memberitahu, “Salun Chinta kini sedang membuat promosi Ginseng Crème Bath dan Avacado Crème Bath. Ia merupakan rawatan untuk rambut dan kepala. Harganya hanya RM 70.00 sahaja. Untuk keterangan lanjut boleh hubungi nombor 03-4143 3084. Salun ini tutup pada hari Isnin dan Fasha akan berada di sana sekurang-kurangnya empat kali seminggu.

No comments:

Post a Comment