Thursday, January 12, 2012

Awie tawar M Nasir berlakon filemnya?


JANGAN salah faham pula bila Cik Normah sebut vokalis Wings, Awie, melamar Datuk M Nasir. Ini perihal filem sulungnya yang mengangkat watak dalam filem Merah dulu, yang pernah diarahkan sendiri komposer dan penyanyi juga merangkap rakan karibnya.

Cadangan Awie sudah sampai ke telinga comel Cik Normah ini sejak tahun lalu, tetapi ketika itu dia belum membariskan calon pelakon. Kalau ikutkan skrip, filem bergenre aksi ini menggunakan watak Merah sebagai subjek utama. Kalau tak silap Cik Normah juga, filem ini diberi judul Merah.

Cuma bezanya Awie kembali kepada akar umbi bangsa Melayu yang meletakkan seni persilatan Melayu sebagai tunjang untuk produksi sulungnya. Dengarnya skrip sudah siap, cuma tunggu persetujuan pelakon.
Alahai, tak sabar sungguh Cik Normah mahu menyaksikan filem ini. Barangkali kesinambungan kisah Merah dan Kasih? Entahlah... Dulu Cik Normah sanggup beratur panjang mahu mengikuti perjalanan kisah Merah lakonan Awie dengan M Nasir dan Allahyarham Hani Mohsin. Masa tu Ziana Zain menjadi heroin. 

Sama ada Awie sudah mengemukakan tawaran atau belum kepada pelantun lagu Tanya Sama Hud Hud, tak pula Cik Normah tahu. Rasanya M Nasir takkan menolak kalau skripnya bagus. Tak gitu Datuk?

No comments:

Post a Comment