Friday, January 6, 2012

Ally Iskandar Akan Bernikah Pada 20 Januari 2012

Gambar kenangan Ally Iskandar bersama Fatin Farah Lee
Takde angin takde ribut, tup-tup kami mendapat perkhabaran yang Ally Iskandar akan menamatkan zaman bujangnya pada 20 Januari nanti. Dan wanita yang bakal menjadi isteri Ally tu pula adalah gadis yang pernah digosipkan mempunyai hubungan istimewa dengan’nya iaitu Fatin Farah Lee.

Daripada perkhabaran itu lagi, Ally dan Fatin Farah dikatakan akan terus melangsungkan pernikahan tanpa melangsungkan majlis pertunangan. Mungkin tidak mahu pisang berbuah dua kali. Maklum sajalah, Ally pernah mengikat tali pertunangan sebelum ini namun ianya terputus di tengah jalan.

Jika gossip yang sampai ke telinga kami ini benar, kami doakan semoga apa yang telah dirancang itu akan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan oleh Allah S.W.T. Amin~

No comments:

Post a Comment