Wednesday, November 30, 2011

APM2011 After-Thoughts & Post-Event Reception Photographs… (50 PHOTOS)



This entry will be the last on Anugerah Planet Muzik 2011 and I have to admit, it is getting a bit stale already, as a fortnight has passed since it was held at Max Pavilion Singapore Expo on 15 July 2011. I did say in my review that I would be putting up photographs of the post-event reception as well on a later entry, so this is basically it.

Tahniah! Bekas Ketua Polis sertai PAS


PAS Perak menerima keahlian baru daripada tokoh besar apabila Bekas Ketua Polis Daerah Slim River, Tn Hj Abdullah Omar bertindak menyertai parti itu.

Menurut beliau, penyertaan ke dalam PAS baru-baru ini dibuat atas dasar kesedaran dan tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah.

Kenapa Isa Samad maki Ketua Peneroka Felda di khalayak (VIDEO)


Pengerusi Felda memaki hamun Ketua Peneroka Felda (Pak Sam) secara terbuka dan memperlekehkan Jawatankuasa Perunding Peneroka (Pemimpin Peneroka)



Saksikan gaya seorang samseng dengan dada yang terbuka, memaki Ketua Peneroka Felda Kebangsaan (Pak Sam) yang juga mewakili peneroka-peneroka Felda di dalam Lembaga Pengarah Felda.

Debaran Ustazah Pilihan di Astro Oasis


Golongan Hawa bukan saja berperanan sebagai isteri atau ibu, malah lebih daripada itu kerana mereka turut bertanggungjawab sebagai pendidik dan pembentuk generasi akan datang.

Oleh itu, tidak hairanlah jika tugas pendakwah bukan hanya terletak di bahu golongan Adam, malah digalas sama golongan wanita.

Menyedari kepentingan itu, lahirlah sebuah program realiti, Ustazah Pilihan (UP) terbitan Astro Oasis memaparkan pencarian Muslimah yang boleh dibentuk menjadi ikon Muslimah sejati.

Elly teruja dilamar Ahmad Idham


Siapa sangka penglibatannya sebagai penari latar dalam teater Impak Maksima di Esplanade Theatre, Singapura pada 2009 membuka peluang gadis berusia 22 tahun ini menceburkan diri bidang lakonan di Malaysia.

Shenthy Feliziana Sudirman atau mesra disapa sebagai Elly tidak dapat membunyikan rasa terujanya apabila dilamar pengarah prolifik, Ahmad Idham untuk membintangi filem terbaru arahannya, Mael Lambung.

Bekas MB Terengganu undur diri tanding PRU


KUALA LUMPUR – Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh telah menyatakan kesanggupannya untuk mengundur diri daripada bertanding pada Pilihan Raya Umum ke- 13 akan datang.

 Katanya, beliau telah dimaklumkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) oleh Idris mengatakan bersedia untuk tidak menawarkan diri pada pilihan raya akan datang.

Calon SPM dari Sungai Mati Muar di tangkap khalwat

Tupai sedang mengeluarkan kad pengenalan.

LEDANG – “Saya hanya berehat dan menonton televisyen di bilik ini.”

Demikian alasan seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) apabila dicekup berkhalwat bersama pasangannya oleh Penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Ledang (PPADL), awal pagi semalam.

Remaja perempuan berusia 17 dan pasangannya berusia 27 itu ditahan dalam serbuan kira-kira jam 12.30 pagi ketika sedang berdua-duaan di dalam sebuah bilik di bengkel jentera di Serom 6, Sungai Mati, di sini.

Ahmad Maslan dan kedangkalannya (GAMBAR)


Anggota Umno diminta tidak mendabik dada dengan kejayaan parti mendaftarkan 3.4 juta anggota setakat ini, kata Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan. Beliau berkata, jumlah sebesar itu belum menjamin kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang. “(Ini kerana) ahli Umno hanya satu per empat daripada 12 juta pengundi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Agenda Melayu ke-7 anjuran Alumni Kelab-kelab Umno Luar Negara, di sini hari ini. Beliau berkata setakat ini kira-kira tiga juta anggota Umno adalah pengundi berdaftar. Justeru katanya, semua anggota Umno perlu berusaha keras meraih sokongan pemilih lain, terutama yang ‘di atas pagar’. “…..kita kena dekati dan tarik pengundi selebihnya untuk menyokong Umno dan BN,” katanya.

Shila Amzah anggap tuduhan gedik sebagai positif (GAMBAR)


“Setiap orang ada perspektif tersendiri. Macam saya sendiri kalau dikalangan peminat atau kawan-kawan saya, saya dianggap seorang yang terlebih peramah. tapi dikalangan mata orang-orang yang tidak mengenali saya, mereka menganggap sikap peramah saya dianggap satu kegedikan bagi mereka, jadi itu terpulang pada mata masing-masing” ujar Shila Hamzah menjawab isu dan kritikan segelintir pihak yang melabelkan dirinya ‘gedik’.

Tambahnya lagi, meskipun menerima kritikan pedas dek sikap ‘gedik’ yang diluahkan oleh segelintir pihak di laman Twitter-nya, Shila menjadikan kritikan tersebut sebagai pengajaran dan iktibar buat dirinya.

David Beckham tandatangan dada penyanyi seksi Indonesia, Syahrini!


Penyanyi seksi Indonesia ini benar-benar mengejutkan para peminat David Beckham di Indonesia apabila dengan beraninya dia menghebohkan tentang tandatangan yang diturunkan oleh David Beckham di atas buah dada kanannya dengan hanya berlapiskan baju putih yang ketat.

Terkenal dengan keseksian dan saiz buah dada yang besar, Syahrini telah dipilih sebagai duta untuk menemani dan memperkenalkan David Beckham kepada budaya dan keadaan di sekitar Indonesia sempena perlawanan persahabatan antara LA Galaxy dan Indonesia yang dimenangi LA Galaxy, 1-0.

Amy Search marah Nabila Mengamuk di Twitter (GAMBAR)



Selepas mengejutkan ramai peminat dengan berita perceraiannya, Nabila Huda terus mencipta kontroversi apabila gambarnya berciuman dengan jurulatih selam tersebar di internet. Terbaru, anak kepada Amy Search ini mengamuk di laman twitter miliknya. Walaupun Nabila tidak menulis nama individu yang dimarahi, tetapi ayat-ayat yang tulis jelas merujuk kepada bekas suaminya itu. Nabila dilihat tidak puas hati apabila bekas suaminya mempertikaikan soal penjagaan anak.

Isu Lagu Pokok : Peminat Hazama, Meet Uncle Hussain salahkan Nubhan? (GAMBAR)



Apabila lagu ‘Pokok’ tidak tersenarai sebagai calon Top 5 pada pusingan kedua Muzik-Muzik Separuh Akhir minggu lalu, ramai yang mempertikaikannya. Rata-rata peminat Meet Uncle Hussain  (MUH) kecewa kerana lagu ini ditumpaskan oleh lagu ‘Cinta Muka Buku’ yang dianggap tidak layak mara ke Anugerah Juara Lagu ke 26 (AJL  26). Walaupun ramai yang tahu keputusan itu dibuat oleh barisan juri profesional, tetapi mereka masih tidak puas hati.

Selain itu, ada juga sebilangan peminat yang berpendapat kegagalan ‘Pokok’ berpunca daripada Nubhan. Mereka berpendapat Nubhan tidak boleh menyanyikan lagu itu dengan baik seperti yang dilakukan oleh penyanyi asalnya, Hazama.

Perwakilan Umno dakwa penyokong DAP 'bangsat'



Perbahasan dua perwakilan Pemuda Umno hari ini mensasarkan serangan mereka terhadap DAP dan PAS - parti gabungan dalam Pakatan Rakyat khususnya di Pulau Pinang dan Kedah.

Kedua-dua negeri itu kini ditadbir oleh Pakatan Rakyat.

Perwakilan daripada Pulau Pinang Syeikh Husin Maidin mendakwa DAP mentadbir di pulau mutiara sepanjang tiga tahun di negeri itu dengan bersikap "memusuhi Islam dan Melayu".

BN pays RM137mil to village chiefs in Pakatan states


The federal government forked out RM137 million to pay the Federal Village Security and Development Committees (JKKKP), but not to those in the Pakatan Rakyat-ruled states, says Serdang MP Teo Nie Ching.

"They (BN) formed the JKKKP so they can appoint their own people. They have no respect for the powers of the state governments and the wishes of the rakyat.

Pemain Harimau Muda, Nazmi Faiz Pula Dikaitkan Dengan Neelofa


Sebaik saja pasukan bola sepak negara bawah 23 tahun iaitu Harimau Muda A berjaya meraih ibu emas di temasya Sukan Sea yang berlangsung di Indonesia baru-baru ini, nama pemain-pemain pasukan ini semakin menjadi sebutan ramai.

Terutama sekali nama Khairul Fahmi Che Mat atau Apex yang menjadi penjaga gol kebangsaan.

Kelemahan iPad 2, body sangat lembik (22 GAMBAR)


malaysiapspmodde - seperti yang aku janjikan dulu..ipad 2 teardown..selepas 2,3 hari update hari tu dah dapat sebijik ipad 2 untuk di bedah..sekarang ni dah 2 biji ipad 2 aku kerjakan..
cis , body lembik..jatuh sikit dah kemek body n pecah glass..

Elaine Daly Bakal Tamatkan Zaman Bujang (VIDEO & 7 GAMBAR)


Pelakon dan hos rancangan bual bicara Bella NTV7, Elaine Daly mengakui sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang jejaka yang bakal membawanya ke jenjang pelamin tidak lama lagi.

Ditemui ketika Malam Gala Malaysian Hairdressing Association, di Hotel Shangri-La di sini malam semalam, Elaine Daly berkata sudah tiba masanya dia menamatkan zaman solo memandangkan ramai teman-temannya yang sudahpun berumah tangga.

Hazama terkilan tuduhan lagu Pokok 'lagu kampung' tidak ke AJL26 (GAMBAR)


Penyanyi, Hazama akui agak terkilan dan kecewa apabila lagu Pokok Ciptaan Taja dari kumpulan MUH (Meet Uncle Hussein) gagal tersenarai sebagai antara lima lagu yang dijangka layak ke Anugerah Juara Lagu yang ke 26 (AJL 26).

Meskipun Cinta Teragung iaitu lagu yang dinyanyikannya sendiri pada Separuh Akhir Muzik Muzik 26 berjaya tersenarai dalam lima buah lagu tersebut, namun Hazama berkata dia masih mengharapkan tuah yang sama kepada lagu Pokok.

Apple iPhone 4S Price in Malaysia (VIDEO & 4 PHOTOS)


There's no denying that Apple's spoiled us. Since 2007's launch of the original iPhone, they've released a new, improved version each year; which never fails to take the smartphone world by storm.

The upgrades

Kebahagiaan, romantik Sheikh Muszaphar, Halina serta anak atas katil (4 GAMBAR)


Memang romantis sungguh melihat pasangan suami isteri ni apabila dah ada anak sulung. Sheikh Muszaphar dan Halina telah mengambil satu sesi photoshoot yang sungguh indah dan bermakna sekali. Memang pada mulanya melihat hanya mereka berdua sahaja diatas katil, tapi tip top ada si kecil punya kaki di hadapan. Nanti korang jangan lupa buat macam ni erk.

Rock Faizal Tahir Vs Rock Shahir


Jika diteliti dari asal usul perjuangan mereka, nama Faizal Tahir dan Shahir sememangnya datang dari dua program realiti berbeza iaitu Shahir dari Akadfemi Fantasia, manakala Faizal Tahir pula dari One In A Million.

Malah tidak keterlaluan juga jika dikatakan, kelompok peminat dua penyanyi lelaki popular ini ternyata berbeza.

Bintang K-Pop Super Junior menang album terbaik Korea

KUMPULAN Super Junior bergambar selepas menang Album Terbaik pada Anugerah Muzik MNET Asia di Singapura.
SINGAPURA - Bintang-bintang pop Korea (K-Pop) mengagumkan penonton Singapura pada Anugerah Muzik Asia MNET yang berlangsung di Stadium Tertutup Singapura kelmarin.

Gambar Lisa Surihani ketika di majlis Anugerah Bintang Popular 2011 (5 GAMBAR)

Gambar dibawah merupakan gambar Lisa Surihani ketika ditemui di majlis Anugerah Bintang Popular 2011 (ABP2011) yang berlangsung di Holiday Villa, Subang Jaya baru-baru ini. Kelihatan Lisa memakai skirt berwarna hitam dan dibaluti dengan kain nipis hitam. Memang Lisa nampak seksi, tapi betisnya telah dibalut, korang tak boleh nampak dengan jelas walaubagaimanapun. Kuikui. Apa-apa pun enjoy dulu.

Isu kontroversi Johan enggan Komen, sedia hadapi risiko saman Ogy


JOHAN memiliki alasan tersendiri kenapa dia enggan bercakap banyak tentang kontroversi yang melanda dirinya dan Ogy.


TIADA angin tiada ribut tiba-tiba Johan Raja Lawak, 27, dikejutkan dengan berita Fauziah Datuk Ahmad Daud atau Ogy ingin menyamannya kerana terguris dengan kata-kata yang berbaur penghinaan yang dilemparkan Johan ke atas dirinya dan kedua-dua ibu bapanya pada malam Anugerah Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM24) pada 20 November lalu.

Umum mengetahui Ogy dan Johan atau nama sebenarnya Mohamad Yazid Lim Mohamad Aziz merupakan pengacara pada malam FFM24.

Kos KLIA2 naik, siap 2013 (3 GAMBAR)

KLIA2 - New Mega Low Cost Carriers Terminal

Kos pembinaan KLIA2 yang bakal menggantikan Terminal Lapangan Terbang Tambang Murah meningkat kepada RM3.9 bilion ekoran penambahbaikan yang dilakukan di terminal baharu itu.

Berikutan itu juga, KLIA2 dijadualkan beroperasi sepenuhnya pada April 2013, enam bulan lewat berbanding tarikh sebelumnya.

Ummi Hafilda : Azmin buang ibu dan keluarga demi Anwar


KUALA LUMPUR 29 Nov. - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali digesa meruntuhkan dahulu 'tembok penjara' yang ada di dalam dirinya dahulu sebelum mencampuri urusan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Adik Timbalan Presiden PKR itu, Ummi Hafilda Ali berkata, Azmin perlu terlebih dahulu membuang perasaan taksub dan membuang segala 'sihir' yang telah Anwar lakukan terhadap dirinya.

Kematian: Hanya perlu lapor sekali sahaja


Berkuat kuasa 1 Disember ini, orang ramai boleh melaporkan sesuatu kematian di mana-mana balai polis, hospital atau Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Jariah Mohd. Said berkata, langkah inovasi baru itu selaras dengan kelulusan Menteri Dalam Negeri di bawah Seksyen 39(h) Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299), baru-baru ini.

“Sudahlah Gemuk Pendek, Mahu Disanjung Pula,” – Hattan marah Zubir BH


Hattan yang baru sahaja berkahwin dengan isterinya, Farah tengah panas dengan seorang wartawan hiburan Zubir, Berita Harian. Mengikut Hattan isu yang sengaja diadakan hanya untuk melariskan tulisannya kerana sememangnya tidak wujud. Walaupun Zubir tidak menyebut nama artis dimaksudkan di akbar itu, tetapi Hattan tahu, penulisan itu ditujukan kepadanya. Mengikut Zubir, Hattan yang baru berkahwin telah menceraikan isterinya dengan talak tiga. Penulisan itu telah membuatkan Hattan panas hati kerana diserang wartawan dengan isu berkaitan rumahtangganya.

Capital FM 88.9 - Malaysia's first women's radio station to go on air


PETALING JAYA: Malaysia's first women's radio station Capital FM 88.9 is all set to sizzle the airwaves as it begins its broadcast from 6am Thursday.

Joining the stable of radio stations under Star Radio Group, the all-new Capital FM is the only radio station that provides women a voice and a hub to exchange thoughts and opinions.

Capital FM 88.9 features a handpicked line-up of celebrity presenters, namely Asha Gill, Joanne Kam, Xandria Ooi, Patricia K, Sheela Haran, April Kuan, Joey G and Liang, who will each bring their own flavour to offer different dimensions to the radio station.

Muhyiddin panik: bidas pakatan rakyat dengan tuduhan merepek


Muhyiddin Yassin semasa meresmikan perhimpunan 3 sayap UMNO, Wanita, Pemuda dan Putri semalam menggunakan isu sensitif yang tidak masuk akal semata-mata kerana desperate mendapat sokongan orang Melayu yang tidak mungkin mahu bersatu lagi di bawah payung UMNO.

Ramai yang menghubungi saya bertanyakan kenapa Timbalan Presiden UMNO itu menunjukkan sangat rasa desperado beliau dengan membidas parti-parti lawan dan individu yang tidak sealiran dengan UMNO dengan tuduhan yang bukan-bukan.

Mahkamah: Suara Keadilan siar perkataan fitnah Zambry


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati sembilan perkataan dalam satu artikel yang disiarkan oleh "Suara Keadilan", akhbar PKR, mengenai Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir membawa maksud fitnah.
    
Hakim Datuk Hue Siew Kheng memutuskan demikian dalam kamar hari ini dengan dihadiri peguam Datuk Firoz Hussein Ahamd Jamaluddin yang mewakili Zambry selaku plaintif, dan peguam Jamie Wong yang mewakili PKR, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan tiga pihak lain.

Breakfast at 7 at Danga Bay will never be the same again (4 PHOTOS)


Breakfast at 7 at Danga Bay offers patrons a variety of breakfast and brunch choices

IF you are looking for breakfast or brunch, check out Breakfast at 7 at Danga Bay, in Jalan Skudai, Johor Baru.

The restaurant is operated by the   management of 7 Spice Indian Cuisine but offers a different dining concept and menu.  It is located above the 7 Spice Restaurant.

Umno veteran still loyal even after 65 years


Umno veteran was a contemporary of Datuk Onn Jaafar

IT was a bittersweet moment for an 87-year-old Umno veteran when he gazed at a large photograph of himself during the momentous gathering which gave birth to the party.

Harun Awang was only a young man of 22 when he joined Umno. He was a contemporary of the party's founder, Datuk Onn Jaafar.

Opposition will destroy the country, says Khairy


KUALA LUMPUR: Umno Youth chief Khairy Jamaluddin warned the people that the country would be doomed if ever the opposition takes over the running of the country.

He said first to go was democracy and that the opposition was bent on creating chaos by fanning the flames of discontent against the Government.

“They have always instigated the people to ape the street revolutions in the Middle East as they did with the Bersih rally.

Lawak orang lama tak jadi, memalukan dan membosankan


MEMASUKI saingan minggu kelima program realiti TV, Maharaja Lawak Mega (MRLM), nampaknya persembahan peserta masih berada di zon bahaya.

Meskipun kelompok peserta ini dikategori ‘otai’ kerana banyak pengalaman dalam bidang lakon komedi, ia bukan jaminan pada mereka terus menghiburkan penonton. 
Tiga peserta menduduki tangga bawah dengan kutipan markah terendah ialah Adlin Aman Ramlie, kumpulan Hiro dianggotai Hamdan, Illya dan Ropie serta Saehu dari Indonesia.

Busana Perkahwinan Norman-Memey di Muzium Negara


Momen bahagia pasangan kontroversi, Memey Suhaiza dan Norman Hakim yang telah melakar sejarah perkahwinan termahal, bernilai RM12 juta seakan terus berpanjangan,  apabila busana perkahwinan mereka kini dipamerkan di Muzium Negara.

Bertempat di Dewan Tengah Muzium Negara, pameran yang bertemakan ‘Busana Perkahwinan Mutiara’ yang berlangsung dari 26 November hingga 31 Disember 2011 ini akan mempamerkan gaun perkahwinan Memey tajaan Rafflesia bernilai RM500,000, gaun perkahwinan rekaan Vera Wang berserta veil bertatah mutiara Rafflesia bernilai RM500.000, dua kasut perkahwinan Memey bertatah mutiara putih dan keemasan Laut Selatan Rafflesia ilham Profesor Dato’ Jimmy Choo bernilai RM290,000 dan RM380,000 serta dua persalinan tuksedo Norman dihiasi butang dan cufflinks mutiara Rafflesia.

Memey Menangis Berjauhan Dengan Norman


“Alhamdulillah, saya gembira sangat-sangat dengan kehidupan sekarang walaupun tengah sibuk dengan jadual penggambaran. Saya kini bahagia meniti alam perkahwinan,” ungkap pelakon, Memey Suhaiza, berkongsi mengenai kehidupannya selepas bergelar isteri kepada aktor, Norman Hakim.

“Sekarang saya rasa betul-betul tenang. Saya dah tak perlu fikir apa orang nak cakap. Syukur, alhamdulillah, saya gembira dengan kehidupan baru ini. Saya kini menjalani kehidupan biasa sebagai seorang isteri, memasak untuk suami dan juga menguruskan hal rumahtangga,” ujar gadis berusia 23 tahun ini sambil memberitahu sering memasak masakan Barat seperti ‘lamb chop’, beef grilled’ dan masakan rebus untuk suaminya.

Dokumentari "Siti Nurhaliza" Dedah Rahsia Siti (2 GAMBAR)


Sebuah dokumentari khas berjudul “Siti Nurhaliza” bakal disiarkan di Saluran History (Astro 555) pada 11 Januari 2012, bersempena ulangtahun kelahiran ke 33 penyanyi nombor satu negara itu.

Diterbitkan oleh Red Communications Sdn. Bhd, dokumentari sepanjang 1 jam itu bakal membawa penonton menyusur perjalanan kerjaya Siti sekaligus mendekati sisi lain pelantun lagu Biarlah Rahsia itu.

Rita, Anak Arwah Sosilawati Nikah 4 Disember


Majlis pernikahan pewaris Nouvelles Visages, Erni Dekritawati Yuliana Buhari (Rita) iaitu puteri sulung kepada Arwah Datuk Sosilawati Lawiya akan diadakan pada 4 Disember depan di kediamannya di Gombak.

Enot jatuh masa Maharaja Lawak Mega & masuk hospital


Pelakon Enot kini berada di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) kerana mengalami masalah sakit tulang belakang dan lutut retak.

“Saya dimasukkan ke hospital pada hari Sabtu lalu iaitu sehari selepas program Maharaja Lawak Mega (MLM). Pada malam MLM tu, saya sepatutnya dukung Didie selepas Didie melompat atas badan saya, entah macam mana saya tergelincir dan terjatuh. Itu yang membuatkan lutut saya retak. Sebelum ini pun, lutut saya memang dah sakit tetapi bertambah teruk bila jatuh tersungkur.

Cuti ke Gold Coast Sepang bersama Shila (4 GAMBAR)


TAHUN 2011 bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi dan pastinya ramai di antara kita sudah mempunyai perancangan tersendiri untuk bercuti bersama keluarga dan orang tersayang.

Safi Balqis Perfect 10 menawarkan pengguna produk itu peluang untuk memenangi percutian istimewa di Gold Coast Sepang, Selangor bersama duta mereka iaitu penyanyi, Shila Amzah.

LISA SURIHANI TERIMA ANUGERAH PENCAPAIAN KHAS PERGERAKAN PUTERI UMNO (GAMBAR)


Ketua Puteri, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin menyampaikan Anugerah Artis Wanita Cemerlang kepada Lisa Surihani Mohamed sambil diperhatikan Naib Ketua, Shahanim Mohamad Yusoff pada Persidangan Perwakilan Pergerakan Puteri Umno 2011 di PWTC, Kuala Lumpur.


Pelakon wanita popular, Lisa Surihani Mohamed dianugerahkan Anugerah Pencapaian Khas Pergerakan Puteri Umno pada Perhimpunan Agung pergerakan tersebut di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini pada Rabu. Lisa Surihani yang merupakan Pelakon Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 semasa ditemui berkata, beliau berbesar hati dan bersyukur dengan anugerah tersebut.

Shahrizat fights back, urges Wan Azizah to resign


In a fiery policy speech today, embattled Umno Wanita chief Shahrizat Abdul Jalil launched a broadside at her counterpart in PKR Zuraidah Kamaruddin, challenging the latter to urge PKR president Wan Azizah Wan Ismail to step down.

Addressing nearly 1,000 animated Wanita delegates at the wing’s annual general assembly (AGM) this morning, the wing’s leader turned hostile while touching on the issue of the National Feedlot Corporation (NFC).

Sarjan dibuang kerja menang kes


KUANTAN - Seorang Detektif Sarjan yang pernah berkhidmat di Balai Polis Bentong, Pahang menarik nafas lega apabila Mahkamah Tinggi di sini semalam memutuskan tindakan buang kerja terhadapnya pada 19 Ogos 2009 sebagai tidak sah.

Mohamad Solleh Mat Isa, 40, didakwa mencemar nama baik pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan meletakkan kepentingan peribadi melebihi kepentingan awam melalui perbuatannya yang didakwa berkawan dengan penjenayah semasa berkhidmat di Balai Polis Bentong.

Tuesday, November 29, 2011

Proton H1 profit dips on Lotus' expenses


Proton Holdings Bhd recorded a lower pre-tax profit of RM47.524 million for the six months ended September 30, 2011 versus RM185.914 million chalked up in the corresponding quarter last year.

Revenue dwindled to RM4.496 billion, during the period under review, from RM4.530 billion raked in previously.

Pembangkang keluar dewan bantah bil perhimpunan



Ahli parlimen pembangkang bertindak keluar dewan hari ini bagi membantah tindakan kerajaan yang enggan membawa rang undang-undang perhimpunan aman untuk dibincangkan di peringkat jawatankuasa terpilih.

Ahli parlimen berkenaan juga bertindak demikian bagi membantah keputusan yang dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang hanya membenarkan ahli parlimen kanan pembangkang untuk berbahas.

Taklimat presiden buka tirai perhimpunan Umno


Perhimpunan Agung Umno 2011 membuka tirainya hari ini dengan taklimat daripada Presiden Datuk Seri Najib Razak, antara agenda utama yang dinanti-nantikan kira-kira 5,447 anggota perwakilan yang hadir.

Majlis taklimat presiden yang akan diadakan secara tertutup pada sebelah petang membolehkan Najib menyampaikan amanat beliau yang dianggap amat penting kerana dijangka menyentuh persiapan parti bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.  

Perdana menteri pada 20 November lepas telah menyampaikan amanat berbeza kepada anggota pergerakan Pemuda dan Puteri, yang julung kali diadakan dalam sejarah perhimpunan itu.

Potong tangan untuk tuntut insurans (GAMBAR)


Hu memotong tangannya untuk tuntut insurans

TAIPEI: Seorang lelaki yang berkata tangannya perlu dipotong berikutan satu rompakan di China, disoalsiasat oleh polis di sini kerana dakwaan kecederaan itu dipercayai akibat perbuatannya sendiri.

Polis berkata, syarikat insurans Hu Chi-yang, 59, memohon supaya kes itu disiasat dan memetik polis China sebagai berkata, lelaki itu membeli polisi insurans berjumlah AS$1 juta (RM3 juta) sebelum kejadian.

Letupan di Maju Junction berpunca dari penyelenggaraan (3 GAMBAR)



IPOH 29 Nov. — Kejadian letupan gas di sebuah restoran di pusat beli-belah Maju Junction, Kuala Lumpur dua hari lalu dipercayai ada kaitan dengan sistem penyelenggaraan yang tidak betul, kata Pengarah Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Wan Mohd. Nor Ibrahim.

Katanya, pemilik restoran atau bangunan yang mengunakan sistem pemasangan saluran gas perlu meningkatkan penyelenggaraan standard yang lebih tinggi bagi mengelak kes kebocoran gas yang membawa kejadian letupan.

Monday, November 28, 2011

Ummi Hafilda lancar portal ‘panas’


KUALA LUMPUR 28 Nov. – Adik Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ummi Hafilda Ali akan melancarkan sebuah laman portal yang disifatkannya paling panas pernah diwujudkan di negara ini.

Ahli perniagaan itu berkata,

laman web di alamat www.hafildafamous.com itu diwujudkan sempena memeriahkan Perhimpunan Agung UMNO 2011 yang akan berlangsung esok hingga 3 Disember ini.