Friday, September 30, 2011

Guan Eng mohon maaf pada Sultan Johor


Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng memohon maaf kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar kerana menyinggung perasaan baginda berhubung satu kenyataan yang didakwa memburukkan negeri Johor.


Lim berkata beliau memohon maaf sepenuhnya kepada baginda dan rakyat negeri Johor.

Thursday, September 29, 2011

Maximum 40pc pay rise as Putrajaya reverts to single-tier civil service

File picture of policewomen marching in the Malaysia Day and National Day
parade in Kuala Lumpur on September 16, 2011. They are also expected
to benefit from the proposed hefty pay rise.
KUALA LUMPUR, Sept 30 — Putrajaya is to implement a new pay scheme for the country’s 1.3 million civil servants that will see salaries jump by up to 40 per cent next year, sources say.


Datuk Seri Najib Razak is expected to announce a return to a single-tier system when tabling Budget 2012 next week after more than 15 years of grumbling from public sector employees who say the current triple-tier system is unfair.

Parkir haram : Bayar parking atau calar kereta


OPERASI...penyedia menggunakan payung dan meja kecil sebagai kaunter pembayaran parkir haram.
KUALA LUMPUR: Ia bukan masalah baru, namun kewujudan tempat letak kenderaan yang beroperasi tanpa lesen atau lebih dikenali parkir haram tumbuh bagai cendawan selepas hujan terutama di kawasan yang menjadi tumpuan ramai di sekitar ibu kota.

Kenapa Perlu Minta Maaf Pada Julia ?- Didie Alias




Lanjutan daripada penjelasan Julia Ziegler semalam, OHBULAN! telah menghubungi Didie Alias bagi mendapatkan kepastian mengenai artikel Julia Ziegler Tuntut Didie Alias Mohon Maaf".
“Apa yang saya tahu, pada waktu itu sudah lewat malam dan saya tidak membenarkan dia keluar seorang diri. Sebagai pengurus produksi, saya tidak mahu ada apa-apa yang berlaku pada Julia kerana saya adalah orang yang bertanggungjawab terhadap semua kru yang berada di set penggambaran.”

Hantu Bonceng : Ahmad Idham Tiada Niat Persenda Kalimah Syahadah



PADA minggu lalu, industri dihangatkan dengan isu filem Hantu Bonceng yang dikatakan mempersenda kalimah syahadah.


Bagaimanapun, pengarah filem tersebut, Ahmad Idham Ahmad Nadzri mendakwa tidak pernah berniat untuk mempersendakan kalimah syahadah dalam sebuah adegan filem tersebut yang telah menjadi kontroversi.

'Saya tak gentar amaran PERKASA'


Timbalan presiden PAS Mohamad Sabu berkata beliau tidak gentar dengan amaran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Negeri Sembilan yang mahu mengadakan protes sekiranya beliau berceramah lagi di negeri itu.

Sebaliknya, tokoh yang dikenali sebagai 'ayam sabung PAS' itu, akan terus berceramah termasuk di negeri itu sekiranya menerima jemputan.

Ada Sebab Irma Enggan Hadir Pernikahan Nabil


KUALA LUMPUR: Pelakon Irma Hasmie tidak akan menghadiri majlis pernikahan dan persandingan bekas kekasihnya, Ahmad Nabil Ahmad (Nabil Raja Lawak) yang akan bernikah dengan Nazirah Ayub, Jumaat (hari ini), demi menghormati hari bahagia pelawak itu.

Foto Eksklusif : Pra-Perkahwinan Nabil & Zira 30 September ini bertemakan Wonderland


Foto Pra Perkahwinan Nabil & Zira
Petang ini, Nabil & Zira dijadualkan akan mengikatkan tali pernikahan mereka di Masjid Besi, Putrajaya. OHBULAN! dengan kerjasama Festival Pengantin akan membawa laporan siaran langsung pernikahan mereka secara eksklusif untuk anda.

Chef Riz, Ana Dahlia Bertunang 5 Oktober Depan


PETALING JAYA: Anak lelaki Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan iaitu Mohd Nadzri, 30, mengesahkan keluarganya akan menghantar rombongan meminang pelakon Ana Dahlia, 28, di Taiping, Perak pada 5 Oktober depan.
Nadzri atau nama komersialnya Chef Riz berkata, dia telah menyampaikan hasratnya itu kepada Chef Wan pada bulan lalu dan permintaan itu telah direstui keluarga.

Jimmy Shanley Teruskan Kes Nusyuz Terhadap Isteri



SHAH ALAM: Pengacara, Jimmy Shanley Norjahan Saleh,25, pada Khamis, membuat keputusan untuk meneruskan permohonan kembali taat dan nusyuz yang difailkan terhadap isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy,32.
Perkembangan tersebut dimaklumkan oleh peguam syarie Mohd Noor Aizan Md Idrus pada prosiding sebutan semula kes yang diadakan di Mahkamah Rendah Syariah di sini.

Shahir AF8 Sertai Tabliqh






KUALA LUMPUR: Penyanyi Ahmad Shahir Zawawi (Shahir AF8) atau lebih dikenali sebagai Shahir AF8 menafikan bersara dari industri hiburan tempatan sebaliknya hanya berehat sementara dari segala aktiviti seni.
Shahir berkata, dia sekadar membuat keputusan untuk bercuti selama tiga bulan selepas mengalami kecederaan patah tangan selepas terjatuh di bilik air pada Jun lalu.

Olivia Terkejut Dengan Produksi Malaysia

“Bagi saya, peluang bekerja dengan abang Idham dan Kamal (Adli) sangat menyeronokkan. Mereka mudah dibawa berbincang dan mahu menerima idea yang berikan. Saya rasa Idham adalah seorang pengarah yang baik kerana dia bijak mengambil hati pelakon walaupun dia seorang yang tegas ketika bekerja.

Car with five men plunges into sea, driver still missing

Out of the water: North Seberang Prai police together with Penang Police Marine
fishing out the car from the sea at the 
Bagan Dalam wharf in Butterworth.
BUTTERWORTH: A car with five men plunged into the sea after its occupants were believed to have mistaken the guard post at the Bagan Dalam wharf here for a toll booth.

Two of them were rescued by the port workers while the other two swam to safety at 12.45am yesterday.

Sultan Ibrahim tersinggung

Sultan Ibrahim
KUALA LUMPUR 29 Sept. – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar tersinggung dengan dakwaan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kononnya Johor tidak selamat untuk pelabur.


“Memang beta tersinggung apabila beta tahu tentang kenyataan itu.

Resepsi Memey-Norman Eksklusif Tapi... (45 GAMBAR)



Bersesuaian dengan tema majlis, pasangan pengantin tidak tiba pada waktu yang sama. Sebaliknya Norman tiba lebih awal dengan barisan ‘bestmen’ yang terdiri daripada Afiq Muiz, Fizz Fairuz dan dua bintang Indonesia, Samuel Rizal dan Didi Riyadi.


Berkonsepkan 'New York dalam Hitam dan Putih', resepsi kedua pasangan Norman Hakim dan Memey Suhaiza berlangsung dalam suasana cukup eksklusif.

Berita gembira buat peminat Maher Zain


JIKA dinyanyi sedikit bait lagu InshaAllah, pasti ramai pendengar boleh meneka siapa gerangan penyanyi asalnya, Maher Zain. Lelaki yang suka bertopi dan berjambang ini mempunyai ramai peminat di negara ini.


Penangan lagu IshaAllah termasuk beberapa lagu lain seperti Thank You Allah, Palestine Will Be Free dan Baraka Allahu Lakuma meresap di jiwa peminat tempatan yang meminati lagu berkonsep ketuhanan. Apa yang mengagumkan, lagunya turut menjadi kegemaran peminat cilik yang mudah menghafal liriknya. 

Julfekar, Farawahida Enggan imbas kisah lama



KENANGAN...Fara tetap kenang jasa Julfekar.
KENANGAN...Fara tetap kenang jasa Julfekar.
“SYUKUR Alhamdulillah, akhirnya kebenaran itu berpihak padaku. Akhirnya dia memohon maaf di atas kesilapannya selama ini terhadapku”.


Itulah status yang ditulis komposer sensasi, Julfekar Ahmad Shah di laman facebooknya, baru-baru ini hingga menimbulkan persoalan apakah kemelut antara dia dengan penyanyi Farawahida Razali, 26, sudah berakhir?

SEARCH "KONSERT FENOMENA 30 TAHUN" NOVEMBER 2011


SEARCH dan Loudness merupakan kumpulan rock yang menjadi kebanggaan Malaysia dan Jepun. Terdapat banyak persamaan antara dua kumpulan ini. Antaranya tahun ini dua kumpulan itu menyambut ulang tahun ke-30. Malah, sehingga kini Loudness dan Search masih aktif dalam muzik rock di negara masing-masing.
Selain mengenali dan berhubung satu sama lain, dua kumpulan itu sentiasa menyokong perjuangan mereka dalam bidang tersebut. Vokalis Search, Amy yang menjadi penyanyi jemputan pada konsert Loudness pada 24 Julai lalu amat teruja apabila diberi peluang berkongsi pentas dengan kumpulan rock terkenal dari Negara Matahari Terbit itu.

Julia Ziegler Tuntut Didie Alias Mohon Maaf

Julia Ziegler
PETALING JAYA: Aktres Julia Ziegler menuntut pengacara Didie Alias untuk melalukan permohonan maaf kerana membuat tuduhan tidak benar kononnya dia mempunyai hubungan sulit dengan seorang jurugambar yang terlibat dalam penggambaran drama Noktah Erna, dua tahun lalu.


Julia berkata, dia mahu Didie berhenti menyebarkan cerita tersebut kerana perbuatan itu benar-benar menjejaskan nama baiknya sebagai seorang pelakon.

Perubahan Diana bertudung bagi elak dosa

AKAN lebih selektif dalam memilih watak.
TIADA siapa yang meminta Diana atau Nurdiyana Amir, 25, bertudung. Apa yang dilakukannya adalah atas kesedaran sendiri untuk berubah.

Kata pemegang watak Sam dalam filem 3, 2, 1 Cinta, sepatutnya, sudah lama dia melakukan perubahan yang menjurus ke arah kebaikan.

Peminat Jacko dari seluruh dunia berhimpun (PHOTO)



Ibu Jackson, Katherine Jackson (kiri) dan bapa penyanyi pop itu, Joe Jackson tiba di luar bangunan Mahkamah Agung Los Angeles untuk mengikuti perbicaraan Dr. Murray didakwa melakukan kesilapan memberi suntikan perubatan sehingga menyebabkan kematian mengejut ikon pop itu, kelmarin. - AFP


LOS ANGELES 28 Sept. - Beratus-ratus peminat raja pop, Michael Jackson berhimpun di luar Mahkamah Agung Los Angeles bagi mengikuti perbicaraan seorang doktor yang didakwa melakukan kesilapan memberi suntikan perubatan sehingga menyebabkan kematian mengejut ikon pop itu.


Sambil melaungkan perkataan 'pembunuh', seorang wanita dilaporkan cuba menyerang doktor berkenaan, Dr. Conrad Murray sebelum perbicaraan diteruskan.

Saranan haram Guan Eng masuk Johor adalah bangang


Bekas ahli DAP, Mohamed Razali Abdul Rahman mencadangkan agar Ketua Menteri, Lim Guan Eng diharamkan daripada menjejakkan kaki di Johor.
Menurut Razali, beliau kecewa dengan kenyataan tersebut dan menganggap ia tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang pemimpin tertinggi negeri.

Lihat Kehebatan KM Melaka Ali Rustam



Kepentingan anak-anak perempuan yang termengandung 1Malaysia boleh diselesaikan...


Rakyat negeri sendiri apa cerita.........

Kereta Mewah Atilia Jatuh Longkang




Kereta Toyota Wish kepunyaan Atilia ni siap masuk dalam longkang pula tu. Sebab apa agaknya ni, kalau tak tertekan minyak lebih taklah sampai masuk ke situ kot. Takpe la, nasib bahagian depan yang terguris, nanti boleh repair la tu. Atilia lain kali hati-hati lah, anggaplah kereta tu sebagai kekasih hati kita juga.

Wednesday, September 28, 2011

Fida Kantoi Dedah Rabut Masa dengan Mamat?

Photobucket

Kebelakangan ini, Fida dikritik kerana cara berpakaian yang tidak kena dengan imejnya yang memakai tudung. Apatah lagi kalau kita perhatikan wataknya dalam drama di TV3, iaitu Kasih Alia.

Namewee Mengamuk Dengan Wartawan Utusan (VIDEO)



Bengang dengan hasil penulisan salah seorang wartawan Utusan, Namewee semalam telah mengupload video di bawah sebagai respon. Untuk makluman, Namewee ada pengarah filem Nasi Lemak 2.0 yang banyak mendapat ulasan positif daripada penonton-penontonnya.

Baca entri ini sepenuhnya untuk membaca tulisan wartawan Utusan tersebut. Apa-apa pun Abang Nara bersetuju part “pergi tengok dulu baru komen”. Untuk part lain, tiada komen daripada diri ini.

Shakira and Roger Waters own Caribbean island



Shakira and Pink Floyd's Roger Waters have bought a Caribbean island together.
The Colombian singer - who is currently dating Barcelona soccer star Gerard Pique - has joined forces with the musician to purchase the $16 million site of Bonds Cay, north of the Bahamas, in order to build a resort which will cater for millionaire holidaymakers.

Abby Abadi Berhenti Kemaskini Status Facebook?



Walaupun ramai yang menyokong dan bersetuju, Abby Abadi telah dikritik kerana tindakannya mendedahkan tentang Norman yang masih berhutang pada Abby dan belum membayar di Facebook.

Sosialnya Ramona Zam Zam (LAGI GAMBAR)




Amboii terkejut ManggaMuda bila terlihat gambar pelakon baru, Ramona Zam Zam yang bukan sahaja 'mantap', seksi, tetapi juga begitu sosial.

Sebenarnya, kalau diikutkan pada keadaan sekarang ini, tidak perlulah ManggaMuda nak terkejut bagai, sebab berpeluk-pelukkan dengan lelaki, berpakaian seksi,dan  bersosial dikelab-kelab malam, itu semua memang sudah menjadi kebiasaan buat remaja-remaja masa kini, lebih-lebih lagi mereka-mereka yang tinggal di kota besar seperti Kuala Lumpur ini.
ManggaMuda malas nak komen tentang dosa dan pahala bila berkelakuan begitu, itu semua hal diorang dengan Pencipta. Tapi, yang tak sedapnya, bila ada artis-artis yang tidak cerdik seperti Ramona Zam Zam ini, baru saja nak masuk dunia seni, dah mula cipta kontroversi.
Dah tahu diri tu  baru sahaja nak popular, peminat pula belum ramai, pandai-pandailah cipta nama dengan baik, ini tidak, baru satu dua babak jadi pelakon pembantu, sudah mula keluar cerita-cerita kurang menarik, dan letak pula gambar-gambar sumbang dalam laman sosial. Untuk apa semua tu? saja nak popular bikin gempakkan?
Gambar-gambar yang ManggaMuda dapat ni, memang jelas mempamerkan sisi gelap Ramona. Tak silap ManggaMuda, gambar ini baru sahaja tersebar di Internet, dan mungkin diambil oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab daripada laman sosial, Facebook milik Ramona ini sendiri.
Kenapa yer perlu letak gambar-gambar seperti ini di laman sosial? Bukankah ia seperti sengaja untuk menempah maut?
Daripada apa yang ManggaMuda nampak, gambar-gambar ini memang bukanlah diphotoshop ataupun di sabotaj oleh mana-mana pihak tertentu, jadi ManggaMuda tak sabar nak dengar apa agaknya penjelasan daripada Ramona.
ManggaMuda: Takkan sesuka hati letak gambar dalam laman sosial, sebab ada nilai eksklusif yang tinggi.
Amboii terkejut ManggaMuda bila terlihat gambar pelakon baru, Ramona Zam Zam yang bukan sahaja 'mantap', seksi, tetapi juga begitu sosial sekali gaya hidupnya.

Eman Manan Temu Jodoh Gadis Muda




BENARKAH pelakon Eman Manan sudah bertemu jodoh baru yang bakal menjadi suri hatinya? Adakah pilihan hatinya wanita seusia atau gadis yang jauh lebih muda? Sekiranya gadis jauh lebih muda yang menjadi pilihan adakah pinangannya diterima keluarga gadis itu?


Jawapan kepada kenyataan tersebut terjawab apabila anda meluangkan masa menyaksikan telefilem menarik; Manual Cinta yang akan disiarkan menerusi slot Panggung Ahad pada 2 Oktober, jam 10 pagi di TV1.

Siti Saleha bukan jual wajah kacukan



JIKA sudah tertulis rezeki itu miliknya, ia tidak akan berganjak ke mana walau datang badai menimpa. Lebih tiga tahun gigih berdiri memperdagangkan bakat yang ada, akhirnya si empunya wajah jelita, Siti Saleha Mohd Baharum mampu tersenyum apabila drama lakonannya, Nora Elena berjaya memancing perhatian ramai.


Sekelip mata, namanya menjadi sebutan ramai. Pesona yang melekat pada bakatnya juga menjadi pilihan ramai produksi.

Video Scandal ini bukan dalam Pejabat ADUN Kota Anggerik! (VIDEO)


UMNO dan PORNO berpisah tiada..

Setelah Video Seks seseorang yang lelaki yang menyerupai Anwar disiarkan blog Pro UMNO dan dituduh mereka lelaki itu sebagai Anwar Ibrahim, mereka menyiarkan Video Aksi Seks yang didakwa mereka adalah seorang Pegawai Kastam dan kini disiarkan pula oleh mereka video scandal seorang wanita bertudung dan seorang lelaki yang didakwa mereka dirakam didalam pejabat DUN Kota Anggerik yang mana ADUNnya ialah YB Yaakob Sapari.

Kamal Adli dan Melissa Saila kongsi rasa tuah

Kamal Adli dan Melissa Saila pertama kali digandingkan
dalam drama berjudul Hanya Dikau, arahan Amie Maziah
PELUANG untuk mengabdikan penghargaan terhadap tokoh seni negara, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee adalah satu tawaran yang amat berharga untuk dilepaskan.
Apatah lagi, peluang sedemikian amat jarang diperolehi kerana hanya beberapa kerat sahaja antara penggiat seni tanah air yang berusaha untuk memperingati Seniman Negara itu.

Justeru, Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd. (Suhan Movies), tampil selaku syarikat sulung yang menerbitkan 10 telefilem khas sebagai mengenang jasa walaupun Allahyarham telah meninggal dunia 38 tahun lalu.

Tuesday, September 27, 2011

Polis Johor pertimbang tindakan terhadap Guan Eng

JOHOR BAHRU 27 Sept. - Polis sedang mempertimbangkan tindakan yang boleh dikenakan ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ekoran kenyataannya memburukkan negeri ini dalam satu pertemuan dengan media asing di Singapura, baru-baru ini.


Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, beberapa laporan polis telah dibuat mengenai perkara itu dan pihaknya akan mengenal pasti tindakan yang boleh diambil memandangkan kenyataan itu dibuat di luar negara.

Seruan untuk Raja Azmi ke Mekah

Raja Azmi bersama suaminya, Jailani Sidek tetap menjalin hubungan baik dengan Roslin Hashim
DALAM usia 52 tahun, produser kontroversi, Raja Azmi Raja Sulaiman telah banyak melalui dugaan dalam kehidupannya termasuk kes khalwat yang membabitkan dirinya dengan pemain badminton negara, Roslin Hashim.


Namun kes tersebut yang memutuskan Raja Azmi yang mesra dengan panggilan Kak Mi tidak bersalah, telah membuka mata banyak pihak agar jangan mudah untuk menabur fitnah ke atas isteri kesayangan jaguh badminton beregu negara, Jailani Sidek.

Dibelasah digari kerana tegur polis buang sampah


MOHD. RIDZUAN menunjukkan laporan polis dan X-ray
akibat dibelasah oleh polis di Jitra, Kedah semalam.
JITRA: Hanya kerana menegur perbuatan seorang anggota polis membuang sampah di luar tong sampah, seorang pekerja syarikat pembersihan sisa pepejal menanggung padah apabila mendakwa dibelasah anggota itu dan lima rakannya serta diugut ditembak di Taman Bahagia, Kodiang, dekat sini, Sabtu lalu.
Dalam kejadian jam 11.20 pagi itu, Mohd Ridzuan Mohd Noor, 23, dari Jalan Sanglang, dekat Kodiang, turut digari sebelum dimasukkan ke lokap di Balai Polis Kodiang.

Pasukan AU mengaku tembak Wartawan Malaysia didakwa (13 GAMBAR)



Tentera Pengaman Kesatuan Afrika (AU) yang berperanan melawan pemberontak Islam di ibu negara Somalia, Mogadishu, mengakui anggotanya secara tidak sengaja menembak mati seorang wartawan Malaysia pada awal bulan lalu, lapor Reuters.

Feri berlanggar, dua maut (14 GAMBAR)



JAKARTA 26 Sept. - Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh apabila sebuah feri Indonesia yang membawa lebih 400 penumpang melanggar sebuah tongkang lalu terbakar di Kalimantan, hari ini.

Harga rumah baru meningkat 20% hujung 2011


KUALA LUMPUR 26 Sept. - Harga kediaman yang bakal dilancarkan pada separuh kedua 2011 dijangka meningkat sebanyak 20 peratus, menurut kaji selidik Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda).

Presidennya, Datuk Seri Michael K.C. Yam berkata, peningkatan tersebut adalah disebabkan peningkatan harga bahan mentah binaan serta kekurangan tenaga kerja.

Gementar Siti dalam teruja dengan 'All Your Love' (GAMBAR)



siti nurhaliza all your love


TEMPOH 16 tahun yang dilalui oleh penyanyi pujaan ramai ini bukanlah satu masa yang singkat sehingga dia berjaya menjadi satu entiti dalam dunia hiburan tanah air.


Pelbagai pengalaman pahit dan manis selain kejayaan luar biasa semuanya sudah dilakar oleh figura unggul bernama Datuk Siti Nurhaliza ini.

Monday, September 26, 2011

Pendedahan cinta Shahz Jaszle & Lash Mokhtar kecewa!







SYED percaya memang ramai yang terkejut bila Shahz Jaszle mengaku bercinta dengan pelakon baru Miera Liyana. Iyalah, baru berjumpa dalam sebuah penggambaran filem, terus dilamun cinta.


Syed tak tahu cinta yang bagaimana mereka lalui. Ada yang kata hanya cinta lokasi dan tak kurang juga yang anggap itu cinta dibuat-buat. Jatuh cinta yang mendadak dan umum pada semua yang mereka pasangan kekasih, memang berani. Maklum sajalah, seminggu bercinta sudah kecoh satu Malaysia, jarang dibuat orang tu.

Warisan tradisi dalam arus kemodenan Beijing



Hari ketiga saya di Beijing program lawatan saya bermula dengan kunjungan ke stadium olimpik atau lebih dikenali sebagai stadium "Sarang Burung" yang menjadi kebanggaan bandaraya ini.
Pertama kali saya melihat rekabentuk bangunan stadium ini sewaktu kejohanan olimpik pada tahun 2008 yang lalu saya memang tertarik dengan keunikannya.


SEMALAM gua terbaca satu berita pelik di media propaganda United Malays No Otak, Utusan tentang isu judi di Negeri Melaka.

Gua tertanya sendiri apa sudah jadi? Sejak bila Utusan sudah pandai hentam negeri United Malays No Otak? Ini sudah sampai tahap berita ajaib! Keratan berita ini patut jadi benda ke lapan ajaib di dunia
PARIS: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, tiba di sini Isnin untuk menghadiri sesi ke-187 mesyuarat lembaga eksekutif Pertubuhan Pendidikan, Sintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO) yang bermula esok. 

Gosip dengan Mamat : Fida‘sesak nafas’ (GAMBAR)


CINTA satu perkara cukup indah. Bila diri disayangi terasa dunia berputar di sekeliling kita. Seperti kata orang, dunia aku yang punya.


Begitupun, keindahan yang dikecapi berserta dugaan turut mencengkam hati dan perasaan.

Sunday, September 25, 2011

Awie tolak, Khir terima tawaran Mamat Khalid

VISI Mamat untuk Rentaz direalisasikan menerusi dua tenaga utama lakonannya, Awie dan Khir.
BUKAN mudah untuk membikin sesebuah filem supaya mesej yang ingin disampaikan benar-benar berkesan serta dapat difahami penonton yang mengunjungi pawagam untuk menontonnya.


Namun, bagi seorang penggarap filem yang namanya telah sinonim dengan filem bergenre komedi seperti Zombi Kampung Pisang dan Hantu Kak Limah Balik Rumah, Mamat Khalid, kali ini dia ingin menayangkan sebuah filem yang mungkin menyimpang dari dua filem pecah panggung yang digarapnya sebelum ini.

Elephant girl steps closer to her dream



SINTOK: “Elephant girl” Hong Siew Hui is now a step closer to achieving her dream of becoming an accountant after she joined 4,088 new students who registered for various courses at Universiti Utara Malaysia (UUM) here.

Radio transcripts prove Lim did not bash Johor

GEORGE TOWN (Sept 25, 2011): A transcript and recording of the interview between Penang Chief Minister Lim Guan Eng (pix) and ABC Radio Australia presenter Cameron Wilson, which aired last week, does not contain any discussions or reference to the state of Johor.

Najib goes the distance in Penang

GEORGETOWN: Despite having undergone knee surgery barely two months ago, Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak cycled seven kilometres, even knowing there was an exit point for him after the 1km mark.

“I completed the route because I came here in the spirit of raising money for education,” he said at the end of the 1Malaysia Charity Ride for Education 2011 cycling event.

Saturday, September 24, 2011

PM, isteri nak bas dalam program lawatan ke Perak




Buat pertama kalinya dalam siri menjelajah ke seluruh negara, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta anggota rombongan dibawa menaiki bas menelusuri jalan raya di Perak menuju ke destinasi yang telah diatur dalam lawatan kerjanya itu.

"Dulu naik kereta kali ini kita naik bas jumpa rakyat, mesejnya nak rasa bagaimana tidak ada protokol antara pemimpin dan rakyat.

HANGAT !! Penyokong PAS, PERKASA bergaduh semasa Ceramah Mat Sabu



Sambutan Aidilfitri dan ceramah timbalan presiden PAS Mohamad Sabu di Seremban malam tadi, tercemar apabila beberapa penyokong PAS cedera akibat dibaling batu dan air botol, malam semalam.

Nabil, Nazirah Nikah 30 September di I-City Shah Alam





KUALA LUMPUR, 21 SEPTEMBER 2011: Pelakon dan pelawak terkenal, Ahmad Nabil Ahmad, 28 bakal diijab kabulkan bersama pilihan hatinya Nazirah Ayub, 23 pada 30 September ini di Masjid Sultan Mizan, Putrajaya.

Nabil menerusi pengurusnya, Latip Ahmad ketika dihubungi portal murai.com.my berkata, pasangan berkenaan bakal dinikahkan selepas solat Jumaat di masjid berkenaan kerana berhampiran dengan kediaman keluarga sebelah perempuan, di Klang.

Irma Hasmie tak akan hadiri perkahwinan Nabil


KUALA LUMPUR, 24 SEPTEMBER 2011: Pelakon Irma Hasmie ,29, memberitahu dia tidak akan menghadirkan diri ke majlis perkahwinan bekas kekasihnya, Nabil Raja Lawak, 28, yang bakal berlangsung pada 30 September ini.