Friday, December 2, 2011

“Itu Gambar Lama. Saya Dah Nak Kahwin 2 Minggu Lagi” – Shida Harmi (VIDEO & 3 GAMBAR)




Penyebaran gambar terbaru membabitkan Khairul Fahmi Che Mat, 21, atau Apek dengan seorang gadis di Internet sejak Sabtu lalu, membuatkan gadis yang dikaitkan dengan penjaga gol skuad bola sepak kebangsaan itu dihujani pelbagai tohmahan.
Penyebaran gambar itu benar-benar memberi impak yang sangat tidak baik untuk Apek sehingga ibunya terpaksa keluar memberi keterangan kepada masyarakat yang anaknya bukan begitu. Namun siapa yang mahu percaya bila gambar telah membuktikan segalanya.

Berikutan itu, gadis terbabit, Nor Hashidah Harmi, 23, atau lebih mesra dengan panggilan Shida mengadakan pertemuan dengan pihak media, semalam bagi menjelaskan keadaan sebenar sambil ditemani ibu bapanya, Shamsinar Basrun, 46, dan Harmi Ramli, 46.
Shida berkata, penyebaran gambar itu mengganggu emosi dan mencalarkan maruahnya serta keluarga, tambahan pula tidak sampai dua minggu lagi dia akan melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihan hati, Mohd Danial Adnan, 24.
“Gambar itu pada mulanya dipaparkan sebuah blog. Berikutan itu, sejak Ahad lalu, saya menerima gangguan daripada peminat Apek yang memberi komen di ruangan blog itu, malah ada yang menghubungi saya dengan menghamburkan kata-kata kesat serta penghinaan.

Tanpa membuang masa, ikuti apa kata Shida Harmi melalui video kat bawah ni yang mana ianya telah direkodkan oleh blog Rotikaya.com.