Wednesday, December 21, 2011

Note Wang Kertas RM20, Syiling baru mula diedar Julai 2012 (VIDEO | 8 GAMBAR)


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan reka bentuk wang kertas baru termasuk not RM20 baru yang akan mula diedarkan tahun depan.

Wang kertas RM20 kembali diperkenalkan dalam siri matawang baru Malaysia. Wang berwarna kuning keemasan itu memaparkan dua spesis penyu yang hanya dijumpai di perairan Malaysia iaitu penyu karah dan belimbing.

Semua wang kertas baru akan diedarkan pertengahan tahun depan.

Not RM50 sudah pun diedarkan dan syiling yang dilancarkan Julai lalu akan diedarkan Januari 2012.

Selepas 16 tahun wang kertas RM20 diperkenalkan kembali oleh Bank Negara Malaysia. Ia merupakan sebahagian daripada siri wang kertas dan duit syiling terbaru yang bakal memasuki edarannya pada awal tahun depan.

Pengenalan semula wang kertas RM20 dalam siri matawang baru ini penting kerana ia berfungsi sebagai perantara yang menghubungkan jurang nilai antara RM0 dan RM50. Ini akan memudahkan pengguna membuat bayaran.

Wang kertas RM20 telah lama diperkenalkan sejak siri kedua pada tahun 1982 dan telah dihentikan pengeluarannya pada 1995.

Kakitangan Bank Negara menunjukkan Note baru Ringgit Malaysia wang kertas dan wang syiling keluaran terbaru yang akan dikeluarkan pada Julai tahun depan. Rekaannya menonjolkan hiasan tradisional Malaysia dan gambar ibu pejabat Bank Negara di muka bertentangannya.