Saturday, December 17, 2011

Norish Karman Hamil Anak Luar Nikah?


Heboh seketika apabila ada ura-ura ‘jahat’ yang mengaitkan pelakon cantik, Norish Karman yang dikatakan hamil anak luar nikah. Penyepiannya dalam bidang seni antara faktor yang menguatkan dakwaan tersebut, belum masuk lagi beberapa media termasuk OHBULAN! sendiri yang cuba mendapatkan penjelasan daripada pelakon drama ‘Spa Q 2′, Norish pula seakan cuba mengelak dalam erti kata lain melarikan diri. Apabila Norish berbuat sedemikian, sudah tentu ramai yang berpendapat dakwaan tersebut benar.

Walaubagaimanapun, mStar, hari ini melaporkan bahawa pelakon berusia 35 tahun ini menyifatkan laporan media yang mendakwa dia telah menyembunyikan diri kerana hamil luar nikah sebagai sesuatu yang tidak beretika dan tidak adil buatnya dan keluarga.

Malah Norish berkata, sekalipun dakwaan liar tidak asing baginya yang sudah bergelumang dalam dunia seni hampir 20 tahun, ia tetap mengganggu dan mengaibkan terutamanya kepada anak-anaknya yang sedang membesar.

“Secara peribadi, saya menganggap dakwaan palsu dan liar itu sebagai sesuatu yang melampau dan tidak beretika serta tidak adil buat saya dan anak-anak,”

“Tidakkah pihak yang menggembar-gemburkan gosip itu terfikir, saya mempunyai anak-anak yang juga akan terkena tempias tuduhan tersebut? ujar Norish atau nama sebenarnya, Nor’Asikin Karman.

Tambah Norish lagi, walaupun provokasi dan fitnah liar itu amat menyedihkan, dia bersyukur kerana anak-anak begitu memahami, terbuka dan memberikan sokongan yang utuh walaupun berasa sedih kerana harus menjelaskan kepada anak-anaknya bahawa dakwaan itu adalah palsu.

“Mujurlah anak-anak saya sangat memahami dan enggan melayan provokasi melampau. Malah saya bertuah kerana mereka setia menyokong di sisi pada waktu begini,”

“Apa yang membuatkan saya lagi terkilan apabila tindakan saya berdiam diri selama ini daripada dunia hiburan telah dimanipulasikan dengan dakwaan yang mengatakan saya hamil luar nikah walhal saya sedang sibuk membuat persiapan untuk muncul dengan album sulung,” ujarnya.

Norish sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan bekas ahli Dewan undangan Negeri (ADUN) Seri Menanti, Negeri Sembilan iaitu Datuk Hashimuddin Abdul kadir pada 11 Januari 1998 sebelum sah bercerai pada Julai, 2008., pasangan ini dikurniakan tiga orang anak iaitu Muhammad Haqiem Armany, 12, Muhammad Hardy Amieran, lapan dan Putri Hany Amanda, tujuh. Walaubagaimanapun, anak jati Singapura ini dikatakan menjalinkan hubungan dengan seorang jejaka kacukan yang juga merupakan abang kepada penyanyi, pelakon Faradhiya, Luqman Mohamed Amir, sembilan bulan selepas Norish dan bekas suaminya bercerai.