Wednesday, December 28, 2011

Masuk Percuma Ke Planetarium Negara Mulai 2012 (4 GAMBAR)


KUALA LUMPUR: Bermula 1 Jan depan orang ramai yang mengunjungi galeri pameran Planetarium Negara tidak akan dikenakan sebarang bayaran berbanding RM1 ketika ini. Menurut kenyataan Planetarium Negara kemasukan percuma itu adalah bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk mengenali dengan lebih dekat tentang bidang astronomi dan sains angkasa.

Bagaimanapun terdapat perubahan harga tiket bagi menyaksikan Pertunjukan Planetarium. Berdasarkan laman sesawang Planetarium Negara bermula 1 Jan harga tiket untuk Pertunjukan Planetarium bagi dewasa naik dari RM3 ke RM6, manakala bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun harga tiket naik kepada RM4 berbanding RM2 sekarang.

Untuk maklumat lanjut mengenai perubahan kadar harga sila hubungi 03-2273 4303/5484 atau layari laman sesawang www.angkasa.gov.my/planetarium. 



Waktu operasi:

Hari Selasa - Ahad: 
9.30 pagi - 4.30 petang
Semua Cuti Umum: 
9.30 pagi - 4.30 petang
Tutup Setiap Isnin, Aidilfitri dan Aidiladha


No comments:

Post a Comment