Sunday, December 4, 2011

INI SKRIP PENGHINAAN YANG BUAT OGY SAMAN JOHAN RAJA LAWAK (3 VIDEO)



Difahamkan Ogy Ahmad Daud melalui petikan akhbar pada hari ini mahu menyaman Johan Raja Lawak kerana berlawak berunsurkan pengaiban terhadapnya di Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM24). Antara lawak yang dikatakan mengaibkannya ialah mempersendakan arwah ibu dan bapanya, mempersendakan Tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW dan mempersendakan faktor umur artis veteran itu di khalayak ramai. 



Malah lawak itu tidak didapati di dalam skrip yang disediakan pihak Astro kerana Johan terlupa skrip akibat sering lewat untuk hadir ke reherseal FFM24. Di bawah ada lagi dua video dimana dikatakan Johan berlawak yang kasar sehingga mengaibkan artis veteran Ogy Ahmad Daud.