Saturday, December 31, 2011

Cipta twitter Jejai, Fasha Sandha cari gaduh dengan Nora Danish?


Gosip pertama untuk tahun baru 2012. Heboh di ruangan gosip apabila dikatakan kekasih Fasha Sandha, Jejai telah memiliki akaun twitter. Lebih menarik, akaun tersebut yang wujud sejak Ogos 2010 dikatakan dicipta oleh Fasha Sandha sendiri untuk menarik perhatian peminatnya apabila dikhuatiri popularitinya menurun.

Salah seorang kaki gosip memberitahu, ini adalah publisiti murahan yang dikeluarkan Fasha Sandha kerana baru-baru ini populariti Nora Danish naik mendadak menerusi kejayaan lakonannya dalam tele-drama Tentang Dhia.

Secara tidak langsung, ini membuatkan Fasha Sandha berasa iri hati dan kemudian mengeluarkan tweet palsu berunsur sayang manja sepasang kekasih bertujuan menyakitkan hati pelakon tersebut. Tidak pasti sama ada gosip ini benar, kita nantikan sahaja jawapan daripada Fasha atau Jejai sendiri.



No comments:

Post a Comment