Monday, December 26, 2011

Asmidar menang kerana dia peserta paling ada rupa (3 GAMBAR)

Kerana ada rupalah Asmidar jadi juara
SHAH ALAM: Dengan memperoleh markah penuh sebanyak 70 peratus, peserta Asmidar atau nama penuhnya, Norhasmidar Ahmad, 25, berjaya meraih gelaran juara musim pertama program realiti Vokal Bukan Sekadar Rupa (Vokal) malam Ahad yang diadakan di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, disini.

Kemenangan Asmidar yang dikatakan mempunyai cara nyanyian yang versatil oleh juri, Azmeer, Erra fazira dan Ziana Zain sekaligus melayakkan wanita kelahiran Kuala Lumpur itu membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM50,000 beserta sebuah trofi.

"Saya bersyukur, kemenangan ini membuka peluang saya menyertai industri muzik tempatan yang sudah lama saya idam-idamkan.

"Menerusi wang tunai yang dihadiahkan, saya akan gunakannya untuk pelaburan kerja muzik saya, Insya-Allah," katanya selepas pertandingan tersebut.

Gelaran naib juara pula dimenangi oleh Mafa atau nama sebenarnya Mafarikha Akhir, 19 selepas memperoleh markah sebanyak 53 peratus. Pelajar Universiti Multimedia Cyberjaya ini menerima hadiah kemenangan sebanyak wang tunai sebanyak RM30,000 beserta sebuah trofi.

Asmidar
Pada pertandingan tersebut, kedua-dua peserta perlu melalui tiga cabaran dimana yang pertama, Asmidar dan Mafa perlu membawakan persembahan solo dan masing-masing membawakan lagu My Way dan Jangan Tinggal Daku.

Seterusnya, tugasan kedua pula mereka membawakan lagu baru ciptaan khas oleh komposer Audi Mok iaitu Tiba (Mafa) dan Ajai pula menghasilkan lagu buat Asmidar berjudul Biar Sampai Ke Bintang.

Cabaran terakhir pula, Mafa dan Asmidar terpaksa mengharungi segmen battle dimana kedua-dua mereka akan membawakan lagu pilihan sendiri.

Secara keseluruhannya, Mafa hanya memikat hati juri pada segmen pertama sagahaja manakala persembahan Asmidar dianggap lebih menyerlah menjadi pilihan juri bagi segmen kedua dan ketiga.

Sepanjang 13 minggu pertandingan berlangsung, format permakahan Vokal dibahagikan kepada dua iaitu 50 pertaus daripada juri manakala 50 peratus lagi menerusi SMS.

Konsert tersebut bersiaran menerusi saluran TV3, setiap Ahad, pukul 9 malam.

Mafa kalah kerana tiada rupa

No comments:

Post a Comment