Monday, December 5, 2011

Alangkah Manisnya Fazura Bertudung ? (3 GAMBAR)


Tampil bertudung ketika berlakon dalam drama bersiri Tahajjud Cinta, Fazura berkata, dalam hatinya sentiasa ada niat untuk memakai tudung.

Cuma, katanya, mungkin belum tiba waktunya dan penampilannya bertudung di kaca televisyen adalah bagi memenuhi tuntutan skrip drama lakonannya itu.

Kata Fazura, dalam drama tersebut, dia memainkan karakter sebagai wanita Islam yang berpegang teguh kepada agama.

Jadi, itulah sebabnya dia tidak keberatan untuk memakai tudung untuk tampil dalam drama berkenaan.

"Saya memang pernah menyatakan niat untuk bertudung suatu hari nanti tetapi biarlah perubahan itu berlaku secara semula jadi.

"Saya tidak mahu hipokrit dengan mengumumkan bilakah masanya saya akan bertudung.


"Jika sudah masanya, pasti saya akan memakainya," katanya tersenyum.