Monday, December 19, 2011

Adlin Umum Perang Kepada Chef Wan di Facebook Selepas Tersingkir Maharaja Lawak Mega (6 GAMBAR)


Hanya sekadar perang di laman sosial Facebook, nampaknya masing-masing bertegas menegakkan benang basah mempertahankan kenyataan masing-masing. Kenyataan Chef Wan yang dilakukan di laman sosial Facebook miliknya dibalas secara pedas oleh Adlin juga di laman sosial Facebook.

Nampaknya, tidak cukup di kaca televisyen dan di sidang media, masing-masing menggunakan platform media sosial yang bebas tanpa sempadan meluahkan apa yang terbuku di hati masing-masing.

Kalau GUA senaraikan apa yang telah ditulis memangnya panjang lebar kenyataan mereka. Tidak perlulah GUA salin kembali, cukuplah sekadar pembaca melayari laman sosial "Adlin Maharaja Lawak Mega" dan "Chef Wan Public Figure" dan nilaikan sendiri.
Terasa macam budak kecik pula bila Abang Nara membaca luahan-luahan hati Adlin Aman Ramlie selepas dia dikritik teruk dan seterusnya tersingkir dalam Maharaja Lawak Mega minggu lepas. Nampaknya Adlin memang benar-benar tidak puas hati dengan apa yang ditulis oleh Chef Wan melalui Facebooknya. Berikut ialah luahan pertama Adlin yang Abang Nara rasa ditulis selepas membaca tulisan di Facebook Chef Wan.

Dan kemungkinan besar penulisan Chef Wan di bawah inilah yang menyebabkan Adlin sentap tak ingat.

Apa yang menariknya, ada beberapa komen daripada mereka yang membaca status Adlin menyatakan “You’re not funny” di status tersebut. Hmmmm. Abang Nara tak tahu nak cakap apa, tapi sekali sekala belajar terima kritikan apa salahnya kan? Dengar cerita memang lawak Adlin agak tidak menjadi sejak beberapa minggu yang lepas. Betul ke?
Lagi beberapa luahan hati Adlin Aman Ramli di Facebook dengan membaca entri ini sepenuhnya.