Thursday, November 10, 2011

Siti Nurhaliza Dedah Rahsia Dalam Bukan Empat Mata


KUALA LUMPUR, 10 NOV 2011: Selepas lagenda rock, Amy Search, program bual bicara popular dari Indonesia, Bukan Empat Mata, bakal menyaksikan kemunculan penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza sebagai tetamu undangannya.


Bakal bersiaran pada Jumaat ini jam 9 malam menerusi saluran Bintang (Astro saluran 141), Siti Nurhaliza akan berkongsi pelbagai cerita suka dan duka serta pengalaman manis kehidupannya menerusi episod istimewa 'unforgettable" buat peminat tersayang.

Menerusi rancangan yang dikendalikan oleh Tukul Arwana itu, bakal menyaksikan teman rapatnya iaitu penyanyi dari seberang Kris Dayanti serta Acha Septriasa yang akan hadir selaku artis undangan.

Malah penonton akan turut berpeluang menyaksikan gandingan kedua-dua diva ini berduet menyanyikan lagu Amarah dan Tanpamu. Penonton juga bakal dihiburkan Acha dengan lagu popularnya iaitu Keputusan Hati.

Bukan Empat Mata merupakan sebuah program bual bicara dan diskusi popular yang sinonim dengan masyarakat Indonesia.

Program berkenaan disiarkan setiap Jumaat jam 9 malam dan Sabtu pada jam 8.30 malam, manakala ulangan pada jam 1 pagi menerusi Indopek saluran Bintang 141.

Menariknya, setiap episod rancangan tersebut akan menampilkan tetamu istimewa di kalangan selebriti Indonesia yang sangat popular.

Membawakan tajuk perbincangan yang berbeza dalam setiap episod, rancangan tersebut adalah antara program kegemaran masyarakat di Indonesia.

Selain Siti Nurhaliza, Kris Dayanti, Mala, Tya Ariesta, antara artis lain yang bakal tampil ialah Rhoma Irama, Lis Dahlia, Dewi Perssik, Marshanda, Wali Band, Anang & Syahrini.

No comments:

Post a Comment