Monday, November 14, 2011

Rumah Mulan Jameela Terbakar (@Mulanjameela1)


NASIB buruk menimpa penyanyi Mulan Jameela (gambar) apabila rumahnya di Pondok Indah, Jakarta Selatan terbakar, Ahad malam.

Menurut portal detikhot perkara tersebut dimaklumkan oleh Mulan melalui akaun Twitternya.


"Rumah terbakar kerana elektrik. Doakan saya teman-teman," kata Mulan di akaun @Mulanjameela1 pada Ahad malam.

Selain itu, Mulan juga bersyukur dan berterima kasih kepada semua orang yang membantu memadamkan kebakaran itu.

"Alhamdulillah, apinya sudah padam kerana banyak orang yang membantu. Terima kasih Allah," katanya lagi.</div>

No comments:

Post a Comment