Friday, November 4, 2011

Penyokong bola terengganu mahu Che Mat Jusoh undur (GAMBAR)



SEBAHAGIAN penyokong bola sepak Terengganu berhimpun secara aman mendesak supaya Che Mat meletakkan jawatan sebagai Presiden PBSNT di pekarangan Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu semalam.
SELEPAS isu pengunduran secara mengejut bekas jurulatih, Irfan Bakti Abu Salim minggu lalu, arena bola sepak Terengganu kini bakal berdepan satu lagi isu iaitu membabitkan masa depan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh.



Semalam, kira-kira 1,000 penyokong bola sepak skuad Penyu itu mengadakan demonstrasi aman untuk mendesak Che Mat agar meletakkan jawatan sebagai presiden PBSNT.
Desakan itu yang dianggap kemuncak kepada rasa tidak puas hati penyokong bola sepak Terengganu dibuat atas dasar tidak puas hati kepada corak kepimpinan Che Mat selain meminta penjelasan di sebalik isu pengunduran Irfan.
Jurucakap kumpulan penyokong Terengganu, Khairul Amri Salah Pikri, 23, berkata, tujuan demonstrasi berke- naan adalah untuk menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said agar segera campur tangan dalam menyelesaikan penyelewengan yang didakwa berlaku dalam PBSNT.
"Kami ingin melahirkan rasa terkilan dan kecewa di atas pengunduran secara tiba-tiba bekas jurulatih, Irfan Bakti yang mana keputusan itu berlaku ekoran krisis dalaman PBSNT yang di- ketuai Datuk Che Mat.
"Kami juga mahu Menteri Besar (Datuk Seri Ahmad Said) menyiasat permasalahan yang berlaku dalam PBSNT berdasarkan kenyataan Irfan yang mendakwa wujud gangguan emosi kepada para pemain tiga hari sebe- lum perlawanan akhir Piala Malaysia berlangsung," katanya ketika ditemui di Kuala Terengganu semalam.
Dia juga mendesak campur tangan Menteri Besar dalam menyiasat apa juga penyelewengan yang berlaku dalam PBSNT, terutamanya membabitkan pemberian bonus kepada para pe- main selepas Piala FA lalu selain isu tiket final Piala FA.
SEBAHAGIAN penyokong Terengganu menurunkan tandatangan di kain rentang bagi mendesak Che Mat Jusoh meletakkan jawatan sebagai presiden PBSNT di pekarangan Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu semalam.

"Kami mahu PBSNT dirombak semula termasuk mendesak Datuk Che Mat melepaskan jawatannya sebagai presiden PBSNT bagi memberi ruang kepada individu yang lebih amanah dan bertanggungjawab," jelasnya lagi.

Demonstrasi dengan slogan 'Suara Kebangkitan Bola Sepak Terengganu' itu bermula seawal pukul 4.30 petang dengan orang ramai mula berkumpul di pekarangan stadium.

Tepat pukul 5.15 petang, rombongan yang turut membawa pelbagai kain rentang dan slogan yang mendesak Che Mat meletak jawatan mula berarak ke kediaman Menteri Besar sejauh kira-kira dua kilometer untuk me- nyerahkan memorandum berkenaan.
Bagaimanapun, tinjauan Kosmo! mendapati, kumpulan berkenaan gagal menyerahkan memorandum tersebut ekoran tiada seorang pun wakil Menteri Be- sar yang berada di rumah berkenaan.
"Kami akan terus mengadakan demonstrasi sehingga Datuk Che Mat melepaskan jawatannya. Jika beliau masih enggan, maka kami para penyokong Terengganu akan mengambil tindakan lain termasuk memboikot perlawanan di stadium," ujar Khairul lagi.
Minggu lalu, Terengganu yang gagal menjulang Piala Malaysia selepas tewas kepada Negeri Sembilan dikejutkan dengan pengunduran secara tiba- tiba jurulatihnya, Irfan Bakti atas alasan ingin mencari cabaran baharu ber- sama pasukan Selangor.
Keputusan Irfan itu mengejutkan pelbagai pihak sehingga mencetuskan kemarahan dalam kalangan penyokong fanatik Terengganu yang mendakwa ia berpunca daripada krisis dalaman PBSNT diketuai Che Mat.

No comments:

Post a Comment