Musim banjir mungkin akan tiba bila-bila masa sahaja. Sekarang ini hujan tak menentu. Kakileaks balik kampung tempohari (Raya Korban) pun hujan jer kat kampung. Nasib baik masa raya pertama tu tak hujan dan tak panas sangat. Dapatlah Kakileaks, keluarga dan orang kampung menjalankan ibadah korban dengan selesa.
Berkenaan isu banjir ini Kakileaks tertarik pada satu berita berkenaan ‘Lintah Masuk Kemaluan Pelajar Perempuan’ ni. Berdasarkan petikan Kosmo! Online, pelajar perempuan di negeri ini (Kelantan) dinasihatkan supaya tidak ‘ghairah’ bermain dan mandi air banjir bagi mengelakkan berulangnya kes lintah memasuki alat sulit seperti yang dilaporkan tahun lalu.
Pengarah Pelajaran Negeri Hussain Awang berkata, pada musim banjir tahun lalu, seramai 13 orang pelajar perempuan di negeri ini yang bermain dan mandi air banjir telah dimasuki lintah dalam alat sulit mangsa.
“Jadi saya ingin menasihatkan pelajar perempuan supaya tidak bermain banjir bagi mengelak kejadian serupa berulang kerana ia boleh mengancam nyawa mereka akibat pendarahan dalaman,” katanya.
No comments:
Post a Comment