Wednesday, November 9, 2011

Misha, Scha dan Awal Pilih Februari 2012 tarikh kahwin



Entah mengapa, tiba-tiba Miss Propa tergerak hati untuk menyarungkan persalinan perkahwinan rekaan pereka fesyen terkenal Calvin Thoo ini. Terima kasih daun keladi kepada Calvin Thoo, memang cantik gaun singkat ini di badan Miss Propa. Suka tak?


Sesuai dengan penampilan kali ini, Miss Propa sebenarnya telah berkesempatan bertemu (dalam majlis berbeza) dengan beberapa individu yang selalu sangat menganjurkan majlis perkahwinan. Tak payahlah Miss Propa sebutkan siapa mereka ini.

Bukan main sibuk sakan mereka ini. Mana tidaknya, majlis perkawinan di sana- sini. Dari golongan VVIP ke selebriti popular. Mencurah-curah sungguh rezeki mereka. Alhamdulillah Miss Propa tumpang gembiralah.

Tapi apa yang lebih menggembirakan lagi, apabila Miss Propa telah diberitahu tentang tarikh bakal berlangsungnya majlis perkahwinan penyanyi popular Misha Omar serta pasangan dua sejoli Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari.

Amboi, gembira tak kepalang Miss Propa dibuatnya. Khabarnya mereka memilih bulan Februari 2012 untuk menamatkan zaman bujang masing-masing.

Seorang memilih 24 Februari 2012 (24.02.2012) dan seorang lagi memilih tanggal 2 Februari 2012 (02.02.2012) ataupun 12 Februari 2012 (12.02.2012). Amboi cantiknya tarikh itu bagaikan nada dan lagu pula, tak dapat dipisahkan. Cewah.

Bagaimanapun Miss Propa tak dapatlah beri tahu mana satu pasangan yang memilih tarikh berkenaan kerana takut pula nanti peminat menyerbu majlis resepsi berkenaan. Maklum sajalah, setiap artis mahukan privasi.

Tak mengapa, apa kata Miss Propa tanya sendiri dengan empunya badan. Mana tahu mereka setuju untuk di ketengahkan tarikh perkahwinan mereka itu.

Tapi setahu Miss Propa, kebarangkaliannya agak susah sikit. Kerana sebagaimana semua sedia maklum, Misha Omar tersangatlah berahsia bila menyentuh soal kahwin, begitu juga dengan pasangan Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari.

Apapun, kita doakan sajalah agar majlis perkahwinan mereka berjalan dengan selamat. Apa yang penting, supaya semua happy.


No comments:

Post a Comment