Wednesday, November 9, 2011

Maya Karin Merajuk Tak Diundang ke ASK 2011?


KUALA LUMPUR, 8 NOVEMBER 2011: Dalam kemenangan filem Cun yang meraih tiga anugerah utama pada malam Anugerah Skrin 2011 (ASK 2011), Jumaat lalu, mungkin ramai yang tidak perasan bahawa pelakon utamanya, Maya Karin tidak hadir ke majlis berkenaan.


Murai Batu memang perasan dengan ketiadaan Maya Karin pada malam berkenaan kerana warga kerja portal murai.com.my yang berada di sana turut mengesahkan ketiadaan pelakon jelita itu ketika sesi 'post party' ASK 2011.

Lebih mengejutkan lagi apabila Detektif Stailista telah memberi tahu Murai Batu bahawa dia telah berkesempatan bertemu dengan Maya Karin dalam sebuah majlis bersama-sama ikon fesyen Kimora Lee Simmons beberapa jam sebelum anugerah itu berlangsung.

Bila ditanya Detektif Stailista, adakah dia akan hadir ke ASK 2011, Maya Karin menjawab tidak kerana dia tidak mendapat undangan ke majlis berkenaan.

Alamak, macam tahu-tahu saja Maya Karin tidak akan menang kategori Pelakon Filem Wanita Terbaik pada malam itu, maka pihak produksi ASK 2011 langsung tidak mengundang pelakon utama filem Cun berkenaan.

Khabarnya, Maya Karin sedikitpun tidak terkilan walaupun tidak undang ke ASK 2011, namun dia akan tetap mendoakan kejayaan filem berkenaan.

Ternyata memang benar, filem Cun arahan Osman Ali itu telah meraih kemenangan besar pada malam berkenaan iaitu Pengarah Filem Terbaik, Pelakon Filem Lelaki Terbaik dan Pelakon Filem Pembantu Wanita Terbaik yang sama sekali telah mengejutkan ramai pihak.

Bagi Murai Batu, alangkah manisnya kalau Maya Karin ada di sana. Berada sama baris dengan pengarah, para pelakon dan tenaga produksi bagi meraikan kejayaan mereka sebagaimana yang sering kita lihat dalam penganjuran anugerah antarabangsa. Semua akan turun padang, bergambar bersama.

Walau apapun Murai Batu harapkan, Maya Karin tidak merajuk hanya kerana tidak diundang ke ASK 2011 kerana setidak-tidaknya Maya Karin telah berpeluang bertemu Kimora Lee Simmons bersama-sama Datuk Siti Nurhaliza. Bukan senang tau nak jumpa diva fesyen sorang ni.</div>

No comments:

Post a Comment