Ingin saya maklumkan di sini, pihak Astro tidak pernah mempersoalkan kelayakan saya dan mereka menjemput saya sebagai juri atas sebab yakin dengan keupayaan dan kebolehan saya sebagai seorang Chef. Jika Debra masih tidak menghentikan perbuatannya, tidak mustahil saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadapnya. Ini kerana ada sesetengah fakta yang ditulis bukan daripada saya,” ulas Chef Riz panjang lebar selepas berjaya dihubungi.
Janji dengan Chef Wan Jadi Lebih Baik
Mengulas tentang komen Chef Wan dalam laman peminat Facebook miliknya, Chef Riz memberitahu dia faham dengan perasaan ayahnya itu. Jelasnya, bukan senang seorang ayah mengakui kesilapan anak sendiri.
“Memang kami telah bercakap melalui telefon dan ayah saya memang marah dan kecewa dengan tindakan saya itu. Sebagai anak, saya memahami perasan dia. Ini adalah kesalahan saya dan saya harus bertanggungjawab dengan tindakan ini. Saya pun sudah minta maaf pada Chef Wan dan berjanji kepadanya akan jadi insan yang lebih baik selepas ini,” ujar Riz.
Dalam kenyataan dikeluarkan semalam, Astro berkata, cef berusia 29 tahun itu dipilih sebagai juri program sajian itu berdasarkan pengalamannya sebagai pengendali restoran, hos TV dan personalitinya. Berikut profil terbaru Chef Riz yang dikemaskini oleh pihak Astro :
“Chef Riz atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Redzuawan, berumur 29 tahun merupakan juri MasterChef Malaysia paling muda. Anak sulung kepada chef selebriti terkemuka negara iaitu Chef Wan atau Redzuawan Ismail tidak pernah merasakan dirinya dibayangi oleh populariti ayahnya. Malah, beliau sendiri mempunyai rancangan masakannya tersendiri seperti Makan Tapi Diet, Jernal Chef dan Sajian Kontemporari.
Beliau pernah menjadi Chef Kumpulan Eksekutif di MXM International, Marcos Italian Restaurant, Titanium International Bistro, Thai King Crab Seafood Restaurant dan juga Pengarah Culinari di Real Food Corporation Meatworks Steakhouse. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Chef Riz sentiasa menjadikan bapanya sebagai sumber inspirasinya."
No comments:
Post a Comment