Friday, November 18, 2011

AYDA AF9 tak mudah melatah! (GAMBAR)



WAH…semakin cantik dan berseri-seri bintang berbakat besar Nur Shuhada Jebat (19 tahun) ni. Rezekinya dalam bidang seni pun semakin baik.

Cerita Ayda:

Alhamdullilah Ayda bersyukur dan seronok dengan apa yang Ayda dapat. Tapi secara jujurnya Ayda masih belum boleh berpuas hati dengan pencapaian setakat ini.

Bagi Ayda, dunia seni Aida baru sangat bermula dan takkan ada rasa puas dalam diri Aida jika ia berkaitan dengan dunia seni. Kita tidak akan rasa puas jika kita buat sesuatu yang kita minat. Kita sentiasa mahu buat yang lebih baik sepanjang masa.

Masing-masing mempunyai pendapat dan cara tersendiri untuk popular dan kekalkan populariti. Bagi Ayda, kontroversi ada baik dan buruknya. Bagaimana pun, Ayda tidak akan mengunakan kontroversi sekadar untuk meraih populariti kerana bagi Ayda, artis yang popular dengan kontroversi berbanding pencapaiannya dalam bidang seni tidak kekal lama.

Jadi Ayda akan jadikan contoh-contoh tersebut untuk muhasabah dan mematangkan diri kerana sekarang Ayda sudah bergelar anak seni.

Ayda ini sememangnya orang yang petah bercakap. Insyaallah Aida takkan cepat melatah jika ada gosip yang datang.



Pendek kata, Ayda ni pandai menepis gosip. Betul tak?

“Ayda akan cuba mempersiapkan diri dari segi fizikal dan mental bagi menangani gosip yang mungkin bakal hadir. Aida akan minta pendapat dan sokongan dari keluarga dan sahabat terutamanya mummy"

Haa…begitulah cerita Ayda yang mula sibuk dengan pengambaran filem Gila Gila Remaja 2. Selain itu, Ayda juga akan muncul dengan lagu duet bersama Afif AF9 berjudul Berikan Aku Waktu. Peminat yang ingin mengikuti perkembangan terbaru Ayda boleh search Aida AF9 di laman Facebook.