Thursday, November 10, 2011

Avril Lavine & Brody Jenner (BF) Dibelasah Teruk! (3 GAMBAR @AvrilLavigne)


Minggu lalu pasangan merpati dua sejoli, Avril Lavigne dan kekasihnya merangkap adik tiri Kim Kardashian terlibat dalam satu pergaduhan di sebuah kelab terletak di Hollywoo Roosevelt Hotel. Susulah daripada perkelahian ‘berdarah’ itu, akhirnya foto Avril yang dikatakan ‘mangsa’ keadaan, dalam keadaan lebam serta beberapa kesan cakaran telah disiarkan di beberapa laman internet.


Menerusi foto yang disiarkan pada laman PerezHilton ini, menyaksikan wajah Avril yang halus mulus itu terdapat beberapa kesan lebam dipercayai akibat dari bekas cakaran yang terdapat pada bahagian kelopak mata kiri, pipi dan dahi yang tampak kemerahan.
Avril mengakui bahawa dirinya tidak berkelahi dan menyatakan luka di wajahnya adalah disebabkan pelakuan beberapa orang yang mabuk menyerang dia dan Brody.
“Aku tidak bergaduh. Aku tidak percaya. Malam ini aku diserang lima orang tidak dikenali. Ini bukan sesuatu yang cool. Mukaku f*****, mataku jadi bengkak, hidung berdarah, rambut kusut masai, habis lebam sana sini,” ungkapnya menerusi laman Twitter miliknya @AvrilLavigne.
Kekasihnya, Brody pula telah menerima jahitan di kepalanya akibat dipukul menggunakan botol kaca.
“Brody dan Avril tidak melakukan sebarang kesalahan. Hanya secara kebetulan terdapat sekumpulan orang mabuk yang hilang kawalan diri,” ujar beberapa sumber yang melaporkannya pada TMZ.



No comments:

Post a Comment