Friday, November 18, 2011

Abby Abadi tunjuk gambar wartawan yang suka burukkannya


Melalui petikan Joyah di akhbar Utusan Malaysia. Sekumpulan wartawan hiburan telah menggelar Abby Abadi sebagai Ratu Propa kerana bermasalah dan sentiasa berperangai pelik. Walaupun petikan tersebut tidak mention sebarang nama, namun jelas ianya ditujukan kepadanya. Antara petikan menyebut, Abby Abadi pandai bermuka-muka dan meminta simpati dengan cerita cintanya yang baru putus itu.

Antara punca mereka menggelarnya sebegitu kerana apabila seorang wartawan hiburan mengeluarkan cerita putus cinta antara dia dan pasangannya, Abby telah menafikan kata-kata yang keluar di akhbar tersebut dan menuduh wartawan tersebut mereka cerita. Penafian itu telah dibuat di fanpage Facebooknya beberapa minggu lepas.

Mujurlah rakaman ada dibuat dan bile dikongsi bersama beberapa wartawan hiburan yang lain, sah Abby menipu peminatnya sendiri. Malah pihak wartawan hiburan ini mengalu-alukan Abby memburukkan mereka di fanpage Facebooknya apabila artikel ini keluar hari ini kerana mereka sudah cukup “kenal” perangainya.