Wednesday, November 23, 2011

12 Artis Berentap Untuk Anugerah Seri Perak ABPBH25


KUALA LUMPUR, 24 NOVEMBER 2011: Sempena meraikan ulang tahun Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang ke 25 (ABPBH25), satu anugerah khas iaitu Anugerah Seri Perak bakal diadakan.

Anugerah Seri Perak itu telah diumumkan sendiri Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pengelola ABPBH2011, Zainuri Misfar yang juga merangkap Pengarang Berita Harian di Holiday Villa Hotel & Suite, Subang Jaya.

"Siri ABPBH kali ini mempunyai kelainan, keunikan dan keistimewaan tersendiri sempena sambutan Jubli Perak iaitu tempoh 25 kali penganjurannya sejak ianya mula diperkenalkan Berita Harian buat kali pertama pada 1987.

"Antaranya anugerah khas yang kita akan adakan bagi sempena ABPBH yang ke 25 ini iaitu Anugerah Seri Perak.

"Anugerah ini, akan melibatkan kesemua 12 pemenang Bintang Paling Popular terdahulu bagi merebut gelaran mega popular diantara Bintang Paling Popular terawal hingga yang terakhir.

"Peminat diberi pilihan untuk mengundi siapakah yang dirasakan sesuai untuk diberikan trofi Anugerah Seri Perak ini.

" Anugerah ini bukan bertujuan untuk menunjukan siapa paling popular tetapi lebih kepada menghargai sokongan padu artis kepada penganjuran kami," katanya dalam sidang media ABPBH 25, petang semalam.

Antara yang dicalonkan untuk memenangi Anugerah Seri Perak berkenaan iaitu Eman Manan, Sofea Jane, Nabil, Rosyam Nor, Shaheizy Sam, Mawi, Siti Nurhaliza, Ziana Zain dan Saiful Apek.

Sempena sambutan Jubli Perak itu juga, penganjur merancang pelbagai aktiviti lain seperti karnival, menyediakan buku coffe table, serta pelbagai bentuk promosi berupa cenderamata memaparkan gambar artis dan jumlah skop penajaan lebih besar.

Bagi borang pencalonan awal untuk kempen undian akan bermula pada 25 November hingga 29 Disember 2011 menerusi borang yang disiarkan dalam akhbar Berita Harian dan Berita Minggu.

Penganjur turut melebarkan cabang pertandingan kali ini dengan mengadakan kategori sampingan secara online di laman web ABPBH, www.abpbh.com,mybermula pada Januari 2011.

Bertemakan Big Bolder & Silver, majlis kemunjak ABPBH 2011 dijadualkan pada 8 April 2012 di Arena of Stars, Genting Highlands.