Saturday, October 15, 2011

Zambry jual tanah 60,000 ekar dengan harga RM375 sahaja?


Awal Oktober lalu Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir yang juga pengerusi BN Perak menganggap tiada kawasan mengundi yang boleh dilabelkan 'hitam' iaitu yang tidak boleh dimenanginya dalam pilihan raya umum akan datang.

Katanya sama ada 'hitam' atau 'putih' sesebuah kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen bergantung kepada strategi parti di samping usaha dan kerja keras setiap anggota untuk aktiviti masyarakat di situ.


Kenyataan yang didapat dinafikan kebenarannya..

Bagaimanapun kini.. biarpun tiada sebarang Kawasan yang dianggap hitam oleh BN Perak namun awan hitam bakal menyelubungi MB Perak itu sendiri..

Dalam pendedahan yang dibuat oleh Ngeh Koo Ham Ketua DAP Perak yang juga ahli Parlimen Beruas dan Ahli Dewan Undangan Negeri Sitiawan, Ngeh telah mendakwa Zambry telah menjual tanah seluas 60,000 ekar dengan harga RM375 sahaja.

Anggaran harga sebenar bagi tanah itu ialah RM1.26 bilion dan Zambry juga dikatakan enggan mendedahkan siapa yang membeli tanah tersebut…

********************

Komplot pastikan Zambry bukan MB

PETALING JAYA: Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir tidak akan menjadi Menteri Besar sekalipun Barisan Nasional (BN) berjaya menawan Perak dalam Pilihan Raya Umum ke 13.

“Saya mendengar dari sumber dalaman Umno bahawa wujudnya komplot untuk memastikan Zambry tidak menduduki kerusi Menteri Besar.

“Ini kerana ramai di dalam Umno tidak gembira dengan tindakan beliau memberikan tanah seluas 60,000 ekar kepada kroni pada harga RM375,” dakwa ketua DAP Perak, Ngeh Koo Ham sambil menambah, beliau sepatutnya mendedahkan siapa yang menerima tanah tersebut.

Ngeh berkata demikian ketika diminta komen berkenaan kenyataan Zambry awal bulan ini bahawa tiada kawasan hitam wujud untuk BN.

Justeru, menurut beliau, Zambry mesti mendedahkan senarai penerima tanah yang bernilai RM1.26 bilion itu namun sehingga kini beliau enggan berbuat demikian.

Ngeh yang juga ahli Parlimen Beruas dan Ahli Dewan Undangan Negeri Sitiawan berkata kenyataan tiada kawasan hitam untuk BN oleh Zambry hanya merupakan satu sandiwara semata-mata.

“Sebelum PRU 2008 Zambry pernah berkata Perak akan mempunyai pembangkang sifar tetapi sebalikna mereka yang kalah,” tambah Ngeh.


Free Malaysia Today

No comments:

Post a Comment