Sunday, October 23, 2011

Uncle Seekers Jadi Bomoh Mimpi Masa Depan Artis


MINGGU lalu, tercetus banyak kisah suka dan duka serta tidak kurang hebatnya dengan perasaan bimbang di kalangan beberapa orang artis apabila Uncle Seekers membuat ramalan tentang masa depan mereka.
Antara selebriti yang 'terkena' dengan ramalan Uncle Seekers ialah Marsha, Rabecca Nur Al-Islam, Zizan Raja Lawak, Anuar Zain, Juliana Evans, Fauziah Gous dan Fasha Sandha.
Kebanyakan mereka menganggap ramalan yang dibuat oleh pakar paranormal, Syed Abdullah Hussein Al-Attas atau lebih dikenali sebagai 'Uncle Seekers' menerusi laman blognya adalah sesuatu yang tidak boleh dipercayai.
Marsha berkata, ramalan kononnya dia akan memeluk Islam dan bakal bertunang sebelum tahun 2013 adalah karut dan Uncle Seekers tidak patut menceritakan ramalan yang datang daripada mimpi itu dalam blognya.
Kata Rabecca pula, ramalan bahawa rumah tangganya akan mula goyah akibat kesilapan sendiri juga dianggap palsu kerana Uncle Seekers tidak pernah bertemu dengannya walau sekalipun.
Bagaimanapun Zizan (Raja Lawak) yang dikatakan kononnya menghadapi masa depan gelap gara-gara dikaitkan dengan isu seks (Uncle Seekers tidak menjelaskan secara terperinci) pula enggan memberi sebarang komen tentang hal berkenaan.
Kecoh Julia Ziegler jumpa Sharifah Shahirah
Pada Selasa lalu, pelakon Julia Ziegler mengakui telah menemui pelakon Sharifah Shahirah (Shira) untuk meminta dia menasihatkan adiknya, Sharifah Nurul Sakinah agar tidak menyebarkan fitnah terhadapnya.
Kata Julia, dia bertemu Shira bukan berniat untuk berbalah sebaliknya meminta pengacara tersebut menegur kelakuan Sakinah yang telah menyebarkan cerita kononnya Julia mempunyai hubungan sulit dengan seorang jurugambar.
Julia turut menafikan tindakan tersebut berpunca kerana perasaan cemburu atau mahu berebut seorang pelakon lelaki, Gambit Saifullah.
Ahmad Jais meninggal dunia
Penyanyi Datuk Ahmad Jais meninggal dunia pada Selasa lalu akibat komplikasi penyakit paru-paru.
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan kira-kira pukul 2 petang, di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam, Selasa.
Allahyarham meninggalkan lima cahaya mata dan 13 orang cucu.

No comments:

Post a Comment