Thursday, October 27, 2011

Suara PERKASA tak laku, Ibrahim Ali nak jual Utusan pula ..


KUALA LUMPUR 26 Okt. - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyeru orang ramai khususnya orang Melayu supaya memberi sokongan kepada Utusan Malaysia dengan membeli akhbar tersebut.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, orang Melayu seharusnya berbangga dengan peranan Utusan Malaysia dalam memperjuangkan dan menjadi suara kepada kaum itu.

Katanya, akhbar berkenaan telah melalui pelbagai tempoh sukar apabila sering kali dibidas kerana mempertahankan hak orang Melayu tetapi tidak pernah berputus asa dan teguh dengan pendirian mereka. "Perkasa tidak akan berjaya seperti hari ini kalau bukan kerana Utusan.

Sejak daripada zaman Tan Sri Zam (Zainuddin Maidin) lagi sehinggalah sekarang, Utusan masih teguh dengan pendirian mereka mempertahankan hak Melayu dan tidak pernah berhenti melakukannya walaupun dibidas pihak tertentu.

"Justeru, saya tegaskan di sini bahawa sebagai orang Melayu, kita harus mempertahankan akhbar yang telah banyak berjasa kepada kita ini. Ingin saya tegaskan juga di sini bahawa orang Melayu yang tidak membaca Utusan Malaysia bukanlah golongan yang mempunyai darah Melayu tulen," katanya ketika berucap pada Persidangan Perkasa Kedua di sini hari ini.

Pada akhir ucapannya itu, beliau turut melaungkan hidup Utusan Malaysia sebanyak tiga kali sambil disambut oleh 7,000 ahli serta perwakilan yang hadir pada persidangan tersebut.

1 comment:

  1. Ibrahim ali dan MP Zulkifli Nordin kena sindrom kecelaruan identiti

    ReplyDelete