Sunday, October 23, 2011

Ramas Buah Dada : Najib bidas Muhyiddin?


KUALA LUMPUR, 23 Okt – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggesa pemimpin-pemimpin tidak kira parti politik supaya tidak mengheret urusan keluarga demi kepentingan politik masing-masing, sebaliknya memfokus soal berkaitan dengan dasar.

Ia kenyataan pertama Najib sejak blog pro-Umno membuat dakwaan kononnya anak lelaki Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng telah mencabul kehormatan rakan pelajar wanita dan menggunakan kedudukan bapanya untuk melepaskan diri daripada hukuman.



Pelajar perempuan yang dikaitkan dengan isu itu, yang belajar di Amerika Syarikat, telah menafikan dakwaan sedemikian. Begitu juga pengetua sekolah anak Lim belajar sebelum ini.


Beberapa pihak sejak pagi tadi menggesa Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memohon maaf secara terbuka kerana mengeluarkan kenyataan seolah-olah menyokong blog pro-Umno yang membuat dakwaan itu.



Semalam, Muhyiddin meminta Lim membuat laporan polis dan membiarkan polis menjalankan siasatan bagi menjelaskan keadaan sebenar kerana penafian sahaja tidak mencukupi.


“Penafian adalah tidak mencukupi. Kalau tidak buat, minta polis untuk menyiasat dan bersihkan nama,” kata Muhyiddin.


Hari ini, Najib (gambar) memberitahu: “Keadaan yang ideal ialah demokrasi moden di mana anda memberi tumpuan ke atas perkara-perkara berkaitan dasar.”


“Apabila anda membahaskan kelemahan polisi dari sudut kelemahan pelaksanaan, biarkan keluarga ke tepi atau (anda) mengeksploitasi urusan keluarga bagi keuntungan politik sendiri,” kata beliau selepas menghadiri perhimpunan perdana pesara polis dan bekas anggota polis di PWTC di sini.


“Anda perlu bersetuju dengan beberapa (elemen) etika. Ia terpakai kepada kedua-dua sebelah.


“Saya tidak bercakap mengenai fakta kes ini. Saya tidak tahu mengenai fakta kes ini, tetapi jika anda mahu bercakap mengenai etika, kecualikan keluarga, maka setiap orang perlu mematuhinya termasuk pembangkang,” kata beliau.


Pagi tadi, Naib Presiden PKR N Surendran mahu Muhyiddin dengan segera memohon maaf kepada Lim kerana membuat kenyataan sedemikian.


“Kami menggesa Umno-BN menghentikan politik memfitnah dan pembunuhan karakter,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.


Surendran, yang juga seorang peguam berkata, beliau terkejut kerana Muhyiddin sebagai pemimpin tertinggi negara sanggup mengeluarkan kenyataan sedemikian sedangkan pelajar perempuan yang dikaitkan, Anya Sun Corke, yang didakwa menjadi mangsa sendiri telah menafikan perkara tersebut dan melahirkan rasa simpati kepada keluarga Lim, anak dan keluarganya.


“Dalam bertindak sedemikian, Anya Corke yang muda telah menunjukkan sikap lebih matang dan sopan berbanding timbalan perdana menteri negara kita,” kata Surendran dalam satu kenyataan.


Dalam pada itu, DAP menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegur timbalannya kerana memberi sokongan bulat-bulat kepada pemblog-pemblog pro-Umno untuk mengaibkan dan memusnahkan kehidupan anak Lim.


“Kami terkejut dan marah dengan (kenyataan) Timbalan Perdana Menteri yang dilaporkan berkata bahawa jika Ketua Menteri Pulau Pinang merasakan adalah penting untuk membetulkan maklumat, maka beliau seharusnya datang dengan kenyataan sangat keras. Penafian sahaja tidak mencukupi’,” kata Setiausaha Publisitinya Tony Pua.


Dalam kenyataannya, Pua berkata Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno seharusnya memeriksa maklumatnya kerana Lim bukan sahaja telah mengeluarkan kenyataan tegas pada minggu lalu, malah “kami telah membuktikan bahawa keseluruhan kes ini adalah rekaan semata-mata.”


Selain itu kata beliau, mangsa yang didakwa terlibat dalam kes, yang berusia 21 tahun, sendiri telah menafikan perkara tersebut.

“Mangsa yang didakwa juga telah mengeluarkan kenyataan kepada kesemua media, mengatakan bahawa dia tidak pernah datang ke Malaysia sepanjang tujuh tahun lalu,” kata Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara ini.

Perkara itu turut dinafikan oleh pengetua SMK Heng Ee, sekolah yang anak lelaki Lim belajar sehingga akhir tahun lalu.


The Malaysian Insider

No comments:

Post a Comment