Wednesday, October 5, 2011

Penyayi Alyah terjatuh ketika menyanyi di pentas

PROFESIONAL. Biarpun terjatuh ketika menyanyi di pentas, Alyah tetap meneruskan nyanyiannya.


Biarpun sibuk merencanakan pergerakan kumpulan Chocolate, Alyah juga secara rasminya menjadi selebriti yang terlibat dengan kempen Siapa Peduli? yang membantu mengutip derma untuk membina hospital kanak-kanak di bumi Gaza, Palestin.
Kempen itu juga menampilkan sebuah album kompilasi daripada artis ternama tanah air seperti Mawi, Azhan Atan, Putera, Mila, Jay Jay, Liza Hanim, Syafinaz, Hafiz AF7 dan Alyah.

Album Siapa Peduli? yang dijual dengan harga RM25 memuatkan 10 buah lagu selain sajak khas daripada sasterawan negara, Datuk A. Samad Said.

Sementara dalam album ini, Alyah terlibat menyanyikan sebuah lagu berjudul Dier Yasin Bercerita Pedih yang menceritakan bagaimana situasi bergolak di sebuah kampung di Gaza bernama Dier Yasin daripada kaca mata seorang kanak-kanak yang terselamat, Faimi Zeidan yang berusia 12 tahun ketika kejadian.
"Alyah dipanggil oleh Kak Zera (nama sebenarnya, Zaira Aziz) iaitu penerbit album ini pada bulan Jun lalu, terkejut pada mulanya tapi kesempatan ini amat bermakna bagi Alyah untuk menyumbangkan bakat yang Alyah ada setakat termampu.
"Mungkin secara fizikalnya Alyah tidak mampu berikan sumbangan tapi hanya melalui suara dalam lagu, Alyah harap orang ramai akan menderma untuk penjualan album amal ini yang akan disalurkan kepada anak-anak di Gaza," bicaranya lagi ketika turut terlibat dalam persembahan konsert Malam Siapa Peduli? sempena Minggu Konvokesyen USM ke-44 di Pulau Pinang baru-baru ini.
Menyelami penderitaan satu-satunya mangsa yang terselamat dalam kekejaman yang berlaku di Dier Yasin, kata Alyah lagi setiap kali menyanyikan lagu ini hatinya berombak-ombak dan hampir menangis.
"Apabila Alyah menyanyikan lagu ini, Alyah akan membayangkan bagaimana dahsyat dan kejamnya peristiwa yang berlaku di kawasan itu serta trauma yang dialami seorang kanak-kanak yang satu-satunya terselamat dalam kejadian itu," tuturnya menahan sebak.
ALYAH dan Hafiz AF7 bergandingan di pentas konsert Malam Siapa Peduli? sempena Minggu Konvokesyen USM ke-44 di Pulau Pinang baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment