Thursday, October 27, 2011

PAS akan potong kepala anda - Dr. Mahathir



MalaysianInsider melaporkan:    
KUALA LUMPUR, 27 Okt — Tun Dr Mahathir Mohamad terus menyerang hasrat PAS memperkenalkan hukum hudud dengan hari ini menegaskan, perundangan Islam itu akan membawa kepada sistem keadilan yang berat sebelah kepada masyarakat Muslim dan bukan Muslim.
 
“Mereka mengatakan bahawa hudud hanya bagi Muslim. Jadi, jika ada kecurian melibatkan seorang rakan Cina, mereka akan memotong tangan tetapi rakan Cina atau rakan India, mereka (hanya) akan dapat hukuman penjara dua bulan.

 
“Jadi, bagi PAS itu keadilan. Sudah pasti, jika anda melakukan (kesalahan) lain, mereka akan memotong kepala anda,” kata beliau (gambar) kepada pemberita selepas menghadiri majlis jamuan teh anjuran Perodua di sini hari ini.Laporan media semalam menyebut kerajaan Kelantan terus meletakkan harapan mahu mencapai hasrat dua dekad melaksanakan hukum hudud mahu bertemu dengan Datuk Seri Najib Razak bagi membincangkan perkara tersebut sebaik sahaja segala pendekatan berkaitan selesai diadakan. -TMI.


Tak habih-habih lagi rupanya mantan Perdana Menteri sekor ni dengan mempersendakan hukum hudud. Nampak jelas tujuan Dr. Mahathir kata macam tu sebab nak bagi rakyat Malaysia hilang kepercayaan kepada PAS tapi dia tak sedar, ucapan dia tu sebenarnya menghina hukum hudud.

Kalau dulu dia cuma cakap pasai sup tangan di Kelantan tapi kali ni naik taraf lagi, hudud PAS nak potong kepala orang pulak.

Kalau ikut sesetengah ulama' Islam, ucapan macam tu memang jelas merosakkan aqidah atau dalam bahasa mudahnya dah jadi MURTAD.

Kalau orang yang ada iman takan sanggup cakap macam tu. Kalau kita percaya kewajipan solat, puasa zakat dan haji sebagai rukun Islam takdak sebab untuk kita mempertikaikan hukum hudud. Pasainya rukun Islam tu bukan ulama' pandai-pandai sebut tapi memang termaktub dalam Al-Quran.

Macam tu jugak hukuman hudud. Memang jelas termaktub dalam Al-Quran, yang mencuri hendaklah dipotong tangan. Bukan ulama' pandai-pandai buat hukun tapi Quran yang kata, jelas dan terang.

Bab perlaksanaan memang kita boleh bahas, berapa banyak mencuri baru patut dipotong tangan, curi hak sapa pulak tak boleh dipotong tangan dan macam-macam keadaan lain yang melibatkan 'perlaksanaan'.

Lagi satu yang aku mushkilnya, apa masalahnya pulak kalau ada 2 sistem berbeza. Memang selama ni pun Malaysia banyak undang-undang dan peraturan yang tak sama yang memang boleh kalau nak dikata sebagai tak adil.

Contohnya, hak keistimewaan orang melayu. Memang kalau tengok sekali lalu cukup tak adil kepada bangsa lain walaupun depa juga warganegara Malaysia. Tapi majoriti rakyat Malaysia terima perbezaan tu pasai depa faham sejarah ujud keistimewaan tu dan depa faham 'roh' atau tujuan keistimewaan tu.

Macam tu jugak dengan undang-undang Islam. Orang Islam yang faham pasai hukum hudud ni takkan merungut pasai ketidakadilan tu. Tambah-tambah pulak orang yang langsung takdak niat nak mencuri, pasai apa pulak nak takut jadi tak adil.

Kalau nak bagi adil, sepatutnya undang-undang sivil tu diubah supaya 'setara' dengan undang-undang hudud.  Apa masalahnya kalau undang-undang sivil nak jatuhkan hukuman potong tangan, hukuman bunuh pun boleh dijatuhkan, bukan takat takdak tangan tapi nyawa yang dipotong, apalah sangat kalau setakat potong tangan sampai pergelangan tangan? 
cenangau.blogspot.com

No comments:

Post a Comment