Saturday, October 29, 2011

Namewee Muncul Dalam Filem Ke-2, “Petaling Street Warriors”! (VIDEO)



Terbaik! Itu yang mampu kami katakan selepas menonton trailer filem terbaru arahan James Lee yang juga pengarah filem ‘Sini Ada Hantu’.

Bergenrekan filem aksi komedi, OHBULAN! pasti filem lakonan artis hip-hop kontroversi, Namewee ini bakal menarik ramai penonton dan peminat di seluruh Malaysia.

‘Nasi Lemak 2.0′ yang dibintangi oleh Namewee sebelum ini turut mengaut keuntungan tidak kurang dari RM7 Juta apabila mula ditayangkan pada umum.
Filem ini mengisahkan tentang situasi yang berlaku di Petaling Street sekitar awal tahun 1900 dimana ramai pahlawan yang dilahirkan disana. Filem ini turut mempunyai sedikit persamaan dengan filem arahan Stephen Chow, “Kung-fu Hustle”dan mengekalkan ciri-ciri pelbagai bangsa yang sesuai untuk tontonan setiap lapisan masyarakat.
Filem ini akan mula ditayangkan di pawagam pada 1 Disember 2011. OHBULAN! pun tidak mahu bercerita panjang, saksikan trailer filem ‘Petaling Street Warriors’ selepas ini!




No comments:

Post a Comment