Aktiviti baru yang dijelajahinya sejak lebih setahun lalu itu telah menjadi hobinya terutama dalam satu cara untuk melupuskan segala gundah gulana serta resah di minda kerana tekanan kerjaya serta cabaran hidup bersendirian.
"Bayangkan dalam perjalanan ke sana (rumah kebajikan) cuaca yang kami sangka awalnya akan kekal cerah, tiba-tiba hujan dan menyebabkan kami semua kebasahan. Kerana tak mahu terlewat, kami teruskan perjalanan, walaupun dalam keadaan hujan.
Jelas Linda Onn, banyak perbezaan antara menunggang motosikal berkuasa tinggi berkenaan dengan memandu keretanya sendiri.
Antara perbezaan yang jelas katanya, tidak banyak perkara yang boleh dibuat ketika menunggang motosikal seperti menjawab telefon atau mendengar muzik seperti mana ketika memandu kereta.
Sebaliknya tumpuan perlu diberikan lebih ketika berada di atas motorsikal dan sedikit sebanyak tiada gangguan yang dihadapinya berbanding jika memandu kereta.
Malah jelas Linda Onn, jika ada kesempatan, dia seboleh-bolehnya akan mencuri peluang memandu Ducati kesayangannya itu untuk beberapa jam, sama ada bersama-sama Jee ataupun juga sebilangan anggota Geng Bikers yang lain.
"Seronok rasanya bila ada teman sesama artis seperti Jee yang berkongsi minat serupa. Apabila kami menunggang motosikal beramai-ramai , dapat dirasakan eratnya semangat kekeluargaan dan keseronokan ketika pemanduan.
"Apabila menunggang motor ini, saya akan lebih fokus dan penjagaan keselamatan lebih menjadi keutamaan. Terasa bebas dan senang hati ketika setiap kali saya menunggang motorsikal ini," katanya yang enggan berkongsi mengenai harga sebenar motorsikalnya itu.
Tambah Linda Onn, sejak bergerak bersama Geng Bikers, beberapa aktiviti kemasyarakatan telah dia sertai di beberapa lokasi tertentu di seluruh semenanjung tanah air. Semuanya bergerak secara berkonvoi bersama-sama pemilik motosikal berkuasa tinggi yang lain.
Antaranya Kempen Anti Pembuangan Bayi yang membabitkan lebih 200 motorsikal ataupun sekadar menjelajah ke destinasi tertentu untuk menikmati juadah menyelerakan di kawasan berkenaan.
Menyentuh berkenaan sambutan Syawalnya tahun ini, dia berpeluang pulang ke Johor dan Singapura bagi meraikan lebaran bersama keluarga pada hari raya pertama, manakala sudah pulang ke konti radio pada hari raya kedua.
No comments:
Post a Comment