Monday, October 17, 2011

Konsert Elton John Di Malaysia, 22 November Ini


Wow! Terbaik! Itulah yang boleh GUA luahkan apabila mengetahui legenda muzik dunia, Elton John bakal mengadakan konsert solonya di Malaysia. Dibawakan Tune Live selaku promoter konsert tersebut, pemenang lima trofi Anugerah Grammy itu bakal beraksi di Arena of StarsGenting pada 22 November depan.


Elton yang akan turut diiringi band pengiring yang telah mengiringi persembahannya selama lebih beberapa tahun, yang terdiri daripada Davey Johnstone, Nigel Olsson, Bob Birch, Kim Bullard dan John Mahon.



Malam itu bakal menjadi malam yang paling sukar untuk dilupakan apabila mendengar sendiri alunan lagu-lagu seperti Saturday Night's Allright (for Fighting), Rocket Man, Levon dan Your Song secara langsung di hadapan anda!

Sepanjang 40 tahun penglibatannya dalam arena muzik, lebih 250 juta unit albumnya terjual di seluruh dunia dan Elton berjaya menggondol 5 trofi Grammy. Selain itu menerusi yayasan AIDS, Elton berjaya mengumpul lebih USD220 juta sejak tahun 1992 dan membiayai program di lebih 55 buah negara di seluruh dunia. Lagu ikoniknya, “Candle In The Wind” yang dipersembahkan sewaktu memorial memperingati mendiang Puteri Diana berjaya meraih lebih USD40 juta untuk tujuan amal.

Elton telah menjelajah dunia dan mengadakan persembahan di hadapan peminatnya di seluruh dunia antaranya United Kingdom, Jerman, Kanada, Brazil, Croatia, UAE, Turki dan Indonesia.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan persembahan Elton John, penghibur bertaraf antarabangsa ini pada November depan. Tiket berharga RM380RM480RM780RM880RM1180 dan RM1380 boleh dibeli secara online di www.airasiaredtix.com.

No comments:

Post a Comment