Sunday, October 2, 2011

Johan Gaduh Dengan Zizan



Jika sebelum ini Johan lebih popular dengan gandingannya bersama Zizan sebagai Jozan, namun sejak kebelakangan ini, pemilik nama Muhammad Yazid Lim ini dilihat lebih selesa bergerak secara individu.

Ada desas-desus timbul kononnya pasangan pelawak yang dilahirkan dari program realiti Raja Lawak ini telah bergaduh dan kini membawa haluan masing-masing. Berpeluang bertemu dengan Johan baru-baru ini digunakan GUA untuk bertanyakan perihal isu yang timbul.



“Hubungan kami tak ada apa-apa masalah. Desas-desus yang kata kami bergaduh itu tidak benar sama sekali. Bukan kami sampai tak bertegur sapa namun masing-masing sibuk dengan program masing-masing.

“Cerita ini juga tidak benar kerana saya baru saja berjumpa dengan dia. Mungkin ada orang yang tidak berpuas hati dengan kami sebab itu timbul cerita ini,” ujar Johan sambil berharap isu ini tidak timbul lagi selepas ini.

Selain muncul dalam program 'Edisi Khas', Johan kini sedang popular menerusi filem 'Raya Tak Jadi', terbitan Lineclear Motion Pictures dan Grand Brilliance. Difahamkan, filem pertama lakonan Johan di bawah arahan Prof. A. Razak Mohaideen itu sudah mencapai kutipan sebanyak RM4juta pada hari ketujuh tayangannya.

Biarpun bergerak secara solo, namun tawaran yang diterima oleh Johan tidak pernah putus-putus. Selepas filem 'Raya Tak Jadi', Johan bakal muncul pula dengan filem, 'Libas', lakonannya bersama Rosyam Nor dan Scha Al-Yahya pada 29 September lalu. Selain itu, Johan juga akan muncul dengan filem 'Bujang Terlajak', digandingkan bersama dengan Saiful Apek dan Nabil Raja Lawak.




No comments:

Post a Comment