Tuesday, October 11, 2011

Jep dan shuib seperti adik beradik : Mamat



Sepah masih wujud demi projek fiem Sepah the movie yang dijangka ditayang pada 2012. Beliau bertiga ditemui ketika sidang akhbar pelancaran projek pembikinan filem Sepah The Movie.



Penerbit filem itu, Hasni Maulod menganggap anggota kumpulan itu mampu boleh bersikap profesional bagi menjayakan filem itu walaupun mereka berpecah selain mereka juga masih muda.

"Kami mengikuti perkembangan kumpulan Sepah sejak mereka menyertai Maharaja Lawak dan drama Sepah sehinggalah kami menemui penulis skrip drama itu untuk berbincang menghasilkan filem ini.
“Sebelum berpecah anggota Sepah iaitu Shuib, Jep dan Mamat telah menandatangani perjanjian untuk membintangi filem ini. Jadi, atas sebab itu kami merasakan tiada masalah yang akan berlaku walaupun kumpulan itu sudah berpecah,” katanya pada sidang media filem tersebut di Bukit Kiara Equestrian & Country Resort, di sini, Isnin.
Kata Hasni pihaknya tidak bermaksud untuk mengeksploitasi Sepah disebabkan kontroversi yang melanda diri mereka.
"Pada saya, apabila dilanda masalah, mereka perlu meninggalkan masalah peribadi yang akan menjejas kemampuan mereka untuk melakukan yang terbaik,” katanya.
Sementara itu, Jep dan Mamat sepakat untuk bersikap profesional dalam filem ini bagi menghormati kontrak yang telah ditandatangani.
"Sebenarnya kami dah lama nak berpecah tetapi secara tidak rasmi. Apabila sudah menandatangani kontrak, tidak sangka pula saya dan Shuib menerima tawaran untuk membuat album seterusnya menubuhkan Sepahtu.
"Jadi apabila kami sudah membuat persetujuan, kami perlu lebih profesional," kata Jep.
Dalam pada itu, Mamat yang bergerak seorang diri dengan mengekalkan nama Sepah tidak mempunyai masalah untuk berlakon bersama-sama.
"Walaupun kami sudah berpisah, mereka masih sahabat saya dan kami pernah menjulang suatu yang sangat besar.
"Apa yang terjadi telah ditakdirkan oleh Allah. Mereka sahabat saya dan kami pernah bersujud bersama-sama," ujarnya.
Sepah The Movie turut dilakonkan oleh Jehan Miskin, Yus dari kumpulan Jambu, Asrul Raja Lawak, pelakon baru Anzalna Nasir dan Ramona Qadira iaitu finalis Dewi Remaja 2010/2011.

Filem arahan MP Roslin ini akan menjalani penggambaran pada minggu hadapan dan dijangka menemui penonton pada Jun 2012.
Ketika ditanya oleh wartawan samada terdapat pergaduhan sesama mereka dengan nada hampir  serentak mereka bertiga menafikannya. Menurut mamat meereka bertiga bukan sahaja seperti adik beradik malah menurutnya mereka bertiga sebenarnya memiliki pertalian darah. Jadi walaupun baru-baru ini dilaporkan mereka bertiga seperti berselisih namun mereka tetap bersaudara, jelas Shuib.


Mamat, dengan nada seperti agak sedih dengan tegas menyatakan bahawa Sepah masih wujud dan kekal dihati mamat. Sepah adalah berbeza dengan Sepahtu dan beliau menghormati kewujudan sepahtu itu sambil mendoakan agar sepahtu akan lebih maju daripada Sepah itu sendiri.


Menurut beberapa tinjauan daripada peminat-peminat Sepah, rata-rata responden menyatakan mereka masih sayang dah inginkan kumpulan Sepah. Rata-rata berharap agar Mamat boleh turut menyertai Sepahtu dan sekaligus bersatu semula sebagai satu identiti baru iaituu Sepahtusepah masih atau Rebranding. Bak kata pepatah buang yang keruh ambil yang jernih, tambahan pula mereka bertiga juga ada pertalian darah. Menurut salah satu responden Sepah perlu ingat bahawa mereka kini adalah milik peminat juda, maka tolong hormati permintaan peminat.

No comments:

Post a Comment