Tuesday, October 11, 2011

Irwansyah Mahu Anak Secepat Mungkin

Irwansyah dan Zaskia Sungkar
JAKARTA: Hampir sepuluh bulan mendirikan rumah tangga, pasangan Irwansyah dan Zaskia Sungkar masih belum menunjukkan ciri-ciri untuk menimang cahaya mata.Kata Irwan, jika dahulu mereka merancang untuk tidak mempunyai cahaya mata dalam masa terdekat tetapi hasrat itu terpaksa dibatalkan.
Menurut Irwan, keinginan untuk mendapatkan anak amat perlu bagi melengkapi kehidupan mereka sebagai suami isteri.
“Ya, dulu memang kami merancang untuk menunda dulu soal anak kerana masing-masing sibuk dengan kerjaya.“Tapi bila melihat rakan-rakan seusia kami sudah mempunyai anak sendiri timbul pula rasa mahu mempunyai cahaya mata.“Insya-Allah kalau boleh saya macam mahu sekarang,” ujar Irwansyah seperti dipetikDetikHot.com.Kata Irwan, dia tidak pernah merancang berapa orang cahaya mata yang diinginkan.“Kalau boleh saya mahu anak ramai tapi bergantung kepada ibunya, apa pun saya harap peminat mendoakan yang terbaik buat kami,” ujarnya.

No comments:

Post a Comment