Thursday, October 6, 2011

Hot FM buat laporan laman facebook digodam Jack Sparrow (LIHAT TIPS)


KUALA LUMPUR: Pengurusan stesen radio popular, Hot FM membuat laporan polis selepas mendapati berlaku pencerobohan terhadap akaun laman sosial, facebook dan twitter milik stesen dan penyampai radio berkenaan. 

Laporan itu dibuat pengurusan stesen radio itu di Balai Polis Damansara di sini, tiga hari lalu selain membuat aduan kepada Siber Sekuriti bagi membolehkan siasatan dijalankan.



Menurut kenyataan dikeluarkan Hot FM semalam, pengurusan stesen radio itu menafikan mengeluarkan kenyataan negatif atau berniat jahat melalui facebook dan twitter sejak pencerobohan itu berlaku Mei lalu dan paling serius Selasa lalu.

Katanya, keadaan bertambah serius apabila penggodam mula mengeluarkan kenyataan dan status negatif menerusi laman sosial itu pada pertengahan September lalu. 

“Dalam kejadian terbaru, penggodam mula menyebarkan senarai nombor telefon mudah alih membabitkan selebriti tempatan dan maklumat peribadi penyampai radio antaranya alamat kediaman, akaun bank, salinan kad pengenalan serta salinan lesen memandu,” kata kenyataan itu. 

Susulan kejadian itu, pengurusan Hot FM memandang serius jenayah siber dan berharap pihak berkuasa melakukan siasatan bagi membendung masalah berkenaan. 


Setakat hari ini, tiada perkembangan terbaru melainkan Jack Sparrow mengupdate status Hot FM di facebook dengan style nya sendiri. Kami kagum dengan mereka yang sememangnya berbakat dalam dunia hacking ni. Sebelum ini mereka pernah hack Facebook Team Aryzs sebuah laman web download popular. Sekarang mereka lebih hebat hack facebook Hot FM. Mungkin sekarang ni pihak Hot FM sedang berusaha untuk mendapatkan balik facebook page nya ataupon sedang berbincang dengan Jack Sparrow secara aman.

Apa yang kami baca dari beberapa Facebook page seperti Hacked by Jack dan We Are Hackers From Malaysia tujuan mereka hack page Hot FM untuk menunjukkan kelemahan sistem di mana terdapat security holes yang membolehkan para hackers hack page mereka tanpa mereka sedari. Maksudnya security system dekat Facebook yang tak cukup power dan membolehkan hackers hack facebook Hot FM ataupun kelemahan admin Facebook Hot FM sehingga membolehkan page facebook Hot FM kena Hack. Entah, kami pon bukan terrer sangat dan tak tahu menahu. Kita tunggu perkembangan selanjutnya dari Facebook Hot FM yang kena Hack oleh Jack Sparrow dengan bergayanya.


Ambil Langkah Keselamatan Facebook Anda


Facebook Hot FM kena hack oleh Jack Sparrow dan semalam memang ramai yang buat entry pasal ini--rata rata cakap Hot FM sesaje nak buat gimik.. Kalau lihat dari print-screen kat atas ni, memang nampak bagaimana status Hot FM "sebelum dan  selepas".. Ada beza~

Aku dah klik link tersebut dan hasilnya??

Yang pengomen dalam kotak hijau dan kuning tu tak boleh blah lah statement dorang.. Motif???

Tu diaaa.. Komen terbaek!!! Rakyat Malaysia memang masih tidak menitikberatkan tentang security.. Lagi lagi masa melayari internet.. Sebab tu senang je kena akaun kena hack..

Langkah Pertama : Pergi ke ACCOUNT SETTINGS..

Langkah Kedua : Cari ACCOUNT SECURITY.. Lepas tu tick kotak tu..

Langkah Ketiga : Pergi ke PRIVACY SETTINGS..

Langkah Keempat : CUSTOMIZE SETTINGS.. Pandai pandailah korang godek sendiri ye..

Langkah Kelima : Part yang aku nak korang fokus.. CONTACT INFORMATION.. Emel untuk korang login facebook seharusnya korang setting kepada "Only Me".. Penting sangat..

*Ok,, itu je lah kot yang aku nak share.. Nampak simple tapi banyak yang lepas pandang.. Bila akaun kena hack baru nak gelabah.. Orang kata mencegah lebih baik dari mengubati.. Samalah macam jenayah siber.

No comments:

Post a Comment