Sunday, October 9, 2011

GAMBAR COMEL LISA SURIHANI FILEM ISTANBUL AKU DATANG (VIDEO & 44 GAMBAR)



Pasti ramai yang sedang mengikuti perkembangan terkini pelakon cun kita Lisa Surihani. Dikhabarkan sekarang ni Lisa sedang sibuk dengan shooting kat Istanbul untuk filem baru. Filem yang sedang dalam proses shooting ni bertajuk Istanbul Aku Datang dan diterbitkan oleh Red Films


Lisa Surihani dipilih menjadi heroin dan diganding bersama hero Beto Kusyairy yang tidak kurang hebatnya juga. Walaupun ada beberapa komen peminat yang merasakan gandingan mereka agak kurang sesuai, tapi rasanya tak salahkan kita nak tengok percubaan baru. Berdasarkan dari photo the making of yang dimuatkan dilaman facebook Istanbul Aku Datang ni gambar mereka berdua ni nampak sweet sangat dan dah nampak ala-ala filem barat. Gaya rambut baru Lisa juga sangat comel dengan baju yang sangat cheerful.

Selain tu, Tomok serta Aizat juga nampaknya akan berlakon di dalam filem ni. Wah, kali pertama la nampaknya Aizat ni berlakon. Filem Istanbul Aku Datang bakal ditayangkan pada tahun 2012. Jangan lupa kita ramai-ramai pergi serbu panggung nanti.



p/s : Sapalah yang tak suka tengok Lisa Surihani kan? Artis comel yang paling kurang kontroversi~


Sila saksikan video menarik Lisa Surihani.



Sila lihat gambar menarik Lisa Surihani semasa berada di Istanbul.


















































No comments:

Post a Comment